web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kemarau Pingat Emas Berpanjangan, Skuad Badminton Negara Tewas Kepada Indonesia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 9:29PM

Leong Jun Hao - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Kemarau 18 tahun terus berpanjangan ….

Skuad badminton negara sekali lagi gagal membawa pulang emas selepas tewas 1-3 kepada musuh ketat, Indonesia dan terpaksa akur dengan pingat perak dalam pusingan akhir berpasukan lelaki pada Sukan SEA 2023 di sini hari ini.

Malaysia mendahului melalui pemain perseorangan utama negara Leong Jun Hao yang berada di ranking ke-64 dunia apabila hanya mengambil masa 31 minit untuk menewaskan pemain nombor 19 dunia Chico Aura Dwi Wardoyo, 21-16, 21-13 pada acara yang diadakan di Dewan Badminton Morodok Techo.

Bagaimanapun, kekalahan pada perlawaan pembukaan tidak mematahkan semangat pemain Indonesia yang lain untuk bangkit kembali pada tiga pelawanan seterusnya.

Juara beregu lelaki All England 2022, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana memberi inspirasi kepada kebangkitan Indonesia apabila berjaya mengatasi beregu utama negara Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe, 21-12, 22-20, menjadikan kedudukan terikat 1-1.

Christian Adinata kemudian meletakkan Indonesia di depan buat kali pertama dalam perlawanan itu apabila mengetepikan pemain perseorangan kedua Malaysia Lee Shun Yang 21-17, 21-9.

Walaupun menang set pertama daripada empat perlawanan, 21-13, beregu lelaki kedua negara Chia Weijie-Liew Xun kemudian tumbang pada dua set terakhir menentang Pramudya Kusumuwardana-Yeremia Erich Yoche Rambitan, 16-21, 16-21, setelah pasangan Indonesia berkenaan meraih mata pingat emas pada pertembungan selama 50 minit itu.

Ketika pemain Indonesia meraikan pingat emas ke-18 mereka pada acara itu, gandingan Malaysia tunduk mengalah, memikirkan apa yang mereka perlu lakukan lagi untuk menamatkan kemarau 18 tahun. 

Ketika ditemui selepas perlawanan, Weijie mengakui mereka telah mencuba yang terbaik untuk menyelamatkan Malaysia dan mara ke set penentuan, namun tidak berjaya.

Beliau berkata Pramudya-Yeremia ternyata lebih baik daripada mereka terutamanya ketika menangani tekanan di gelanggang.

“Saya rasa mereka lebih berpengalaman daripada kami dan saya mengakui pihak lawan bermain lebih bagus daripada kami hari ini,” katanya kepada pemberita.

Pada masa sama, Weijie bertekad untuk kembali dengan lebih kuat dan percaya dapat memberi saingan sengit menentang Pramudya-Yeremia jika mereka bertembung sekali lagi dalam acara perseorangan di sini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kontroversi Sukan SEA: ‘Saya Tidak Akan Minta Maaf Kerana Menghantar Atlet Muda – Hannah

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Peluang Kem Negara Capai Sasaran 40 Emas Hampir Mustahil

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek