web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khairul Hafiz Lega, Sukan SEA 2023 Mungkin Yang Terakhir Buat Zaidatul?

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 May 2023 9:57AM

Zaidatul Husniah (dua kanan) memberi bayangan Sukan SEA 2023 mungkin menjadi penampilan terakhirnya pada temasya sukan tersebut. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Enam tahun lepas, pelari pecut negara Khairul Hafiz Jantan pernah menggegarkan arena sukan tanah air ketika menjuarai 100 meter (m) lelaki pada Sukan SEA 2017 di Kuala Lumpur.

Detik indah dinikmatinya hanya bertahan seketika susulan prestasinya yang kian merudum selain dihimpit masalah kecederaan membuatkan dirinya kurang mendapat perhatian peminat sukan negara.

Bagaimanapun, peluang beraksi di Sukan SEA 2023 seolah-olah memberi nafas baharu bagi Khairul Hafiz yang sedang berusaha untuk mengembalikan semula prestasi terbaiknya.

Mana tidaknya, beliau amat menghargai kepercayaan diberikan jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim yang tetap menyenaraikannya untuk berlari di Kemboja selepas kali terakhir mewakili kuartet 4x100m lelaki kebangsaan pada edisi 2019 di Manila, Filipina

Walaupun tidak berjaya membantu kuartet 4x100m lelaki mempertahankan pingat perak di Stadium Nasional Morodok Techo, di sini, pencapaian merangkul gangsa bersama rakan sepasukannya semalam disifatkannya sebagai antara kejayaan bermakna sepanjang bergelar atlet.

“Sudah berapa lama saya tak berlari untuk pasukan Malaysia dan hari ini bantu dapat pingat, semestinya saya tetap bangga walaupun dapat nombor tiga (gangsa), rasa nak menangis pun ada

“Saya akui sebelum ini saya tertekan, namun keluarga, rakan-rakan dan jurulatih Poad tidak putus-putus berikan semangat,” katanya kepada pemberita di sini.

Justeru, pencapaian meraih gangsa 4x100m di sini meniup semangatnya untuk meneruskan program latihan dengan lebih mantap bagi memastikan dirinya terus relevan dalam kem olahraga negara.

Semalam, Khairul Hafiz bersama Muhammad Zulfiqar Ismail, Jonathan Nyepa dan Muhammad Haiqal Hanafi memperoleh pingat gangsa dengan catatan 39.36s.

Indonesia yang menampilkan larian bertenaga muncul juara acara tersebut dengan catatan 39.11s untuk meninggalkan kuartet Thailand di tempat kedua dengan 39.13s.

Sementara itu, pelari pecut wanita negara Zaidatul Husniah Zulkifli, memberi bayangan Sukan SEA 2023 mungkin menjadi penampilan terakhirnya pada temasya sukan tersebut.

Enggan mengulas lanjut, Zaidatul sebaliknya berbangga dapat membantu atlet muda yang menjadi rakan sepasukannya dalam kuartet 4x100m wanita iaitu Azreen Nabila Alias, Zaidatul Husniah Zulkifli, Nur Afrina Batrisya Mohd Rizal dan Nur Aishah Rofina Aling beraksi cemerlang dengan memecahkan rekod kebangsaan selama enam tahun bagi acara tersebut.

“Saya gembira dapat bantu pelari lain, mungkin dengan adanya saya dalam kuartet mereka lebih bersemangat dan berani, sekurang-kurangnya bagi saya pula nak bantu mereka pergi lebih jauh dalam olahraga,” katanya.

Selain merangkul gangsa, Zaidatul dan rakan sepasukannya  mencipta sensasi dengan melakar 44.58 saat (s) sekali gus memadam rekod lama iaitu 45.18s dicatatnya sendiri bersama Siti Fatimah Mohamad, S. Komalam, dan Nurul Faizah Asma Mazlan pada  tahun 2017 dalam Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) ke-22 di India.

Selasa lepas, Zaidatul menamatkan kemarau enam tahun pingat 200m wanita dengan meraih gangsa selepas kali terakhir memenangi pingat acara berkenaan pada edisi Kuala Lumpur 2017 dengan merangkul perak.

Beliau merekodkan masa 23.60 saat (s) di belakang pelari Singapura, Veronica Shanti Pereira yang berjaya mempertahankan emasnya menerusi catatan 22.69s dan perak pula disambar Thi Nhi Yen Tran dari Vietnam (23.54s). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Fraidden Dawan Sumbang Emas Pertama Malaysia Di Phnom Penh

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Sukan APG Kemboja 2023 Buka Tirai Dengan Percikan Bunga Api

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 22 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad