Berita Terkini

2 jam yang lalu: Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan 2 jam yang lalu: Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC 2 jam yang lalu: 3 maut dalam kemalangan babitkan 2 kenderaan di Tangkak 2 jam yang lalu: Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat 2 jam yang lalu: Panasonic tawar MSS susulan penutupan 2 jabatan pembuatan

IKUTI KAMI


Kontinjen Negara Kekal Di Kedudukan Ketujuh

Sukan Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 09 May 2023 7:00AM

Atlet baling tukul besi wanita negara Grace Wong Xiu Mei (kiri) yang juga pemenang pingat emas bersama Nurul Hidayah (kanan) peraih pingat gangsa acara baling tukul besi sempena Sukan SEA 2023 Phnom Penh, Kemboja di Stadium Nasional Morodok Techo semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Malaysia kekal berada di kedudukan ketujuh selepas berakhir hari ketiga temasya Sukan SEA 2023 apabila kontinjen negara sekadar menambah empat lagi pingat emas semalam.

Kutipan empat pingat emas itu sekali gus menyaksikan kem negara setakat ini mengutip keseluruhan 10 emas, 13 perak dan 25 gangsa.

Pada saingan semalam, atlet pelayaran muncul pasukan terbaik apabila menyumbangkan dua emas menerusi Muhammad Hafizin Mansor dalam kelas RS:X dan Izry Hafiezy Fitri Azri bagi kelas RS: One.

Pencapaian dua pingat emas pada hari terakhir saingan di Sihanoukville Boulevard di wilayah Sihanoukville yang terletak kira-kira 200 kilometer dari sini itu, menyaksikan skuad pelayaran kebangsaan pulang dengan mencapai sasaran dua pingat emas.

Acara terjun yang membuka saingan di Pusat Akuatik Nasional Morodok Techo di sini, juga tidak mengecewakan apabila menyumbangkan sebutir pingat emas kepada Malaysia menerusi penerjun muda Kimberly Bong yang merangkul emas dalam acara 3 meter (m) papan anjal wanita.

Kejayaan Kimberly itu merupakan emas Sukan SEA pertamanya selepas membuat kemunculan di temasya sukan dwitahunan itu sejak edisi 2017 di Kuala Lumpur.

Saingan dalam acara olahraga yang bermula semalam juga menyaksikan jaguh baling tukul besi wanita negara, Grace Wong, merangkul pingat emas, dengan memecahkan rekod Sukan SEA dengan catatan 61.87m, memadamkan rekod lama diciptanya pada edisi 2017 di Kuala Lumpur iaitu 59.24m.

Namun, Jackie Wong gagal mempertahankan emas dan terpaksa berpuas hati dengan perak dalam acara baling tukul besi lelaki.

Di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, skuad karate turut terlepas peluang mempertahankan pingat emas apabila terpaksa berpuas hati dengan perak dalam acara kumite berpasukan lelaki.

Skuad bola sepak turut mempamerkan aksi mengecewakan apabila tewas kepada Vietnam 1-2 dalam perlawanan ketiga Kumpulan B malam ini, sekali gus menyaksikan anak buah E. Elavarasan ditunjukkan jalan keluar daripada saingan dan gagal mencapai sasaran mara ke pentas final.

Selepas tamat saingan semalam, tuan rumah Kemboja kekal mendahului carta kedudukan pingat apabila meraih keseluruhan 37 pingat emas, 31 perak dan 32 gangsa.

Vietnam menghuni tangga kedua dengan 28-29-35 manakala Thailand berada di tempat ketiga dengan 28-21-32. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 minggu yang lalu

Atlet Naturalisasi, Gangguan Seksual Antara Sebab Sasaran Gagal Dicapai

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Hannah Minta PAS Tanya Shahidan Apa Berlaku Dengan Sasaran Sukan SEA

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Pencapaian Terburuk Kontinjen Malaysia Dalam Sejarah Sukan SEA

4

Sukan 2 minggu yang lalu

Peluang Kem Negara Capai Sasaran 40 Emas Hampir Mustahil

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 minit yang lalu

1 Maut, 2 Cedera Ringan Akibat Dipanah Petir Ketika Memikat Burung

Semasa 18 jam yang lalu

Agong, Permaisuri Zahir Ucapan Selamat Menyambut Hari Gawai

Semasa 20 jam yang lalu

Pendaki Malaysia Stabil, Dirawat Di HCTM UKM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

‘Kami Tak Pernah Lancar Tabung Kes Wanita Mualaf Orang Asli’ - MRM

oleh Wartawan Getaran