Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sukan SEA: Gandingan Pesilat Kembar Raih Emas Pada Penampilan Pertama

Sukan Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 9:19PM

Muhammad Danial Azrol Noorazizan (kanan) dan Muhammad Danial Azray Noorazizan menunjukkan pingat emas yang dimenangi dalam acara Silat Seni Ganda pada Sukan SEA 2023 di Pusat Konveksyen Chroy Changvar hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PHNOM PENH - Gandingan pesilat kembar Muhammad Danial Azray Noorazizan dan Muhammad Danial Azrol mempertahankan pencapaian Malaysia dalam acara seni ganda putra selepas merangkul emas pada Sukan SEA 2023 di sini, hari ini.

Pada final berlangsung di Pusat Konvensyen Chroy Changvar, kepelbagaian teknik pasangan negara itu berjaya memukau juri apabila mengumpul keseluruhan 9.945 mata untuk menewaskan gandingan Filipina Alfau Jan Esmael Abad-Almohaidib Esmael Abad yang meraih 9.885 mata.

Lebih manis, ia merupakan penampilan pertama atlet berusia 21 tahun ini iaitu Muhammad Danial Azray dan adiknya Muhammad Danial Azrol di temasya sukan dwitahunan itu.

Kejayaan memenangi emas seni ganda putra menyaksikan pasangan kembar yang dilahirkan selang enam minit itu mengekalkan dominasi Malaysia dalam acara tersebut selepas Mohd Taqiyuddin Hamid-Sazlan Yuga merangul kilauan sama pada edisi 2021 di Hanoi, Vietnam tahun lalu.

“Walaupun ini temasya sulung saya tetapi dengan berkat doa dan rezeki saya dapat mengharumkan nama negara dan berikan emas pertama buat kem silat,” kata Danial Azrol ketika ditemui media tempatan selepas tamat aksi final di sini.

Katanya mereka mengambil masa tiga tahun untuk mahir dalam acara seni menjelang Sukan SEA kali ini selepas mula menceburi silat seawal usia empat tahun.

Sementara itu, Danial Azray berkata beliau tidak pernah terfikir akan menggengam kilauan emas Sukan SEA terutama pada penampilan pertama sejak menceburi silat.

“Saya tak terfikir (menang emas) cuma apa yang saya fikir dari kecil saya nak wakil Malaysia dan banggakan mak dan ayah saya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak terutama kedua ibu bapanya yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan kepada mereka berdua.

“Walaupun berada jauh, mereka (ibu bapa)  telefon tadi, ucapkan buat yang terbaik dan bacakan surah Yasin untuk kami supaya kami tenang, Alhamdulillah dengan berkat itu kami berjaya,” katanya.

Saingan silat akan bersambung esok yang menyaksikan giliran acara tanding membuka gelanggang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Pertunjukan Silat Wajar Dapat Kebenaran Kerajaan Arab Saudi - Mufti

3

Budaya 4 bulan yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

4

Sukan 11 bulan yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pak Lah Dirawat Di IJN Kerana Masalah Paru-paru

oleh Fida Ruzki

Semasa 19 jam yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly