web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Manchester United Ucap ‘Selamat Hari Jadi Datin’ Buat Isteri Chong Wei

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 May 2023 9:19AM

Wong Mew Choo menerima ucapan daripada kelab bola sepak Inggeris terkemuka, Manchester United menerusi Instagram rasmi pasukan berkenaan yang memiliki pengikut 61.7 juta. - Gambar Instragram Lee Chong Wei

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Isteri kepada ikon badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima hadiah cukup istimewa dan pastinya menjadi kenangan indah bersempena ulang tahun kelahirannya ke-40 semalam.

Pada sambutan itu, Datin Wong Mew Choo menerima ucapan daripada kelab bola sepak Inggeris terkemuka, Manchester United menerusi Instagram rasmi pasukan berkenaan yang memiliki pengikut 61.7 juta.

Lebih istimewa dan menarik perhatian netizen apabila kata-kata itu ditulis dalam bahasa Melayu.

“Selamat Hari Jadi Datin Mew Choo!

“Terima kasih juga kepada Datuk @leechongweiofficial di atas sokongan anda!

“Kita kejar tempat ketiga itu!,” tulis admin akaun media sosial berkenaan.

Menerusi hantaran itu, admin media sosial berkenaan turut berkongsi gambar Chong Wei, Mew Choo dan tiga anak pasangan terbabit merakamkan foto bersama kek, dengan mengenakan jersi Manchester United.

Chong Wei kemudian membalas ucapan itu di ruangan komen dengan melahirkan penghargaan dan terima kasih.

“Terima kasih Manchester United atas ucapan selamat ulang tahun buat isteri saya. Ia menjadikan hari kami sangat bermakna. Mari bersama-sama  menuju impian meraih satu lagi piala dan juara liga. Glory glory Manchester United!,” katanya.

Ucapan dimuat naik admin Manchester United sejak kira-kira jam 7 petang semalam itu, menarik perhatian netizen dengan ia menerima lebih 107, 500 tanda suka dan lebih 2,000 komen setakat artikel ini disiarkan.

Kebanyakan mereka meluahkan rasa gembira dengan ucapan diberikan kelab gergasi bola sepak itu, manakala ada menganggap Mew Choo adalah individu istimewa dan bertuah.

Segelintir pula berkongsi keterujaan kerana ucapan itu ditulis dalam bahasa Melayu yang pastinya dimuat naik admin dari Malaysia.

“Pergh our wira @leechongweiofficial gempak tok!,” tulis radin_era.

“Bukan biasa-biasa ni,” puji seorang pengguna.

“Mati-mati aku ingatkan Instagram Datuk Lee Chong Wei, 2-3 kali aku gosok mata sekali admin ManUnited, padu admin,” respon netizen lain.

“Mantap server Malaysia,” komen yourfriend_aziz.

“Steady je kita admin orang Malaysia je,” ujar admdasjad_. - Getaran, 3 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keresahan Chong Wei Ada Asas, Namun Tidak Cerminkan Prestasi Keseluruhan - Norza

2

Sukan 3 tahun yang lalu

KBS Percaya BWF Ada Sebab Kukuh Beri Pengiktirafan Kepada Chong Wei

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Hall Of Fame: Chong Wei Minta Taufik Hubungi BWF

4

Sukan 3 tahun yang lalu

BWF Tolak Cadangan Chong Wei

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar