web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Yew Sin - Ee Yi Naib Juara Kejohanan Badminton Asia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 May 2023 7:04AM

Pasangan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin - Teo Ee Yi - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasangan beregu lelaki negara, Ong Yew Sin - Teo Ee Yi memenangi tempat kedua pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) yang berlangsung di Kelab Al Nasr, Dubai semalam.

Dalam perlawanan mendebarkan itu, pasangan pemain yang berada di kedudukan kelapan dunia itu, tewas kepada pemain ranking keenam India, Satwiksairaj Rankireddy - Chirag Shetty dengan mata 21-16, 17-21, 19-21.

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia memenangi kejuaraan itu adalah pada 2007 menerusi Choong Tan Fook - Lee Wan Wah.

Selepas memenangi permainan pertama dalam masa kira-kira 18 minit, pasangan Malaysia itu, meneruskan momentum ke separuh masa kedua apabila mengumpul lima mata, bagi memastikan mereka mampu memenangi pusingan terbabit.

Bagaimanapun, ketika itu, pasukan lawan mula menggandakan usaha dan menewaskan Yew Sin-Ee Yi dalam masa keseluruhan permainan, satu jam tujuh minit.

Perlawanan malam tadi menyaksikan kekalahan keempat Malaysia kepada pasangan India dalam tujuh pertemuan.

Yew Sin - Ee Yi berada di bawah bimbingan mantan jurulatih beregu wanita Persatuan Badminton Malaysia, Rosman Razak, sejak Januari lalu.

Susulan prestasi itu, Rosman menghantar permohonan maaf di Instagram kerana tidak memenangi gelaran juara.

“Maaf Malaysia... kami (tidak) menang hari ini, tetapi kami pasti akan bangkit dan melakukan lebih baik pada masa hadapan.

“Masih bangga dengan awak (Yew Sin - Ee Yi). Lain kali kita lawan bersama lagi.

“(Tahniah) kepada (pasangan) India hari ini. Mereka lebih baik sedikit daripada kami,” tulisnya menerusi hantaran itu.

Selepas ini, Yew Sin - Ee Yi bertanding di Pusingan Akhir Piala Sudirman BWF di Suzhou, China dari 14 hingga 21 Mei. – The Vibes, 1 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Tewas 2 - 5, Malaysia Muncul Naib Juara Piala Dunia Hoki 5S

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Beraksi Cemerlang, Yew Sin - Ee Yi Tempah Tiket Akhir Kejohanan Badminton Asia

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Malaysia Naib Johan Kuiz Asean Peringkat Rantau

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam