BARCELONA - Juara Dunia Lewis Hamilton meraikan keputusan pole ke-100nya selepas mencatat masa terpantas dalam aksi kelayakan GP Sepanyol semalam.
Rekod terbaru pemandu Mercedes itu meletakkan beliau 32 catatan pole di hadapan Michael Schumacher dalam sejarah sukan Formula Satu (F1).
Keputusan itu juga meletakkan beliau di kedudukan baik untuk menambah kepada rekod kemenangan ke-98 beliau dalam perlumbaan hari ini.
“Saya akan ingat keputusan ini,” katanya.
Menemani beliau di baris hadapan grid perlumbaan di Barcelona adalah pelumba dari pasukan Red Bull Max Verstappen.
Rakan sepasukan Hamilton, Valtteri Bottas melengkapkan posisi tiga teratas.
Hamilton mencatat pole pertamanya di GP Canada pada 2017, di mana beliau memenangi perlumbaan itu.
Dalam carta pencatat posisi pole, Ayrton Senna berada di tempat ketiga dengan 65, kemudian Sebastian Vettel (57), Jim Clark dan Alain Prost berkongsi tangga kelima dengan masing-masing mencatat 33 posisi pole. - AFP
