web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tak Semestinya Pemain Beraksi Di Luar Negara Bagus - TMJ

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2023 7:08AM

Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata JDT sangat mementingkan kualiti termasuk perlawanan persahabatan kerana ia dapat memberi pengajaran berguna kepada pemain - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berpendapat bahawa tidak tidak semestinya pemain yang berkelana ke luar negara adalah bagus.

Tunku Ismail, yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), berkata terdapat bukti beberapa pemain tempatan yang pernah beraksi di luar negara jelas tidak berupaya memberi impak.

Menurutnya, antaranya Titus James yang pernah beraksi di Perancis, Luqman Hakim Shamsudin yang mewakili kelab Iceland, Njardvik dan bekas pemain kelab divisyen tiga Jepun, Azul Claro Numazu iaitu Hadi Fayyadh Abdul Razak.

Beliau berkata peminat bola sepak tempatan sebaliknya perlu melihat tahap kualiti liga serta perlawanan di negara pemain tersebut bermain sebelum menyanjungi mereka yang beraksi luar daripada Malaysia.

“Saya bagi contoh Titus James dahulu main di France begitu lama apa sumbangan kepada pasukan kebangsaan, sama juga dengan Luqman sekarang kesian juga saya tengok kerana dia adalah pemain baik, sikap baik  tetapi kualiti perlawanan, minit atau peluang di Eropah, Korea atau Jepun juga bukan senang.

“Jika tengok Hadi Fayyadh, mula-mula pergi Jepun tetapi sekarang main dengan Perak FC.” katanya.

“Setakat dapat pengalaman duduk dalam negara sejuk lepas itu balik tiada apa-apa, jadi penyokong perlu realisitik dan nilai benda ini kerana kami dalam industri bola sepak tidak setuju idea main luar negara bagus, itu bagi saya tidak logik,” katanya dalam satu temu bual di Facebook Johor Southern Tigers, hari ini.

TMJ berkata JDT sangat mementingkan kualiti termasuk perlawanan persahabatan kerana ia dapat memberi pengajaran berguna kepada pemain.

“Anda boleh lihat sendiri kualiti perlawanan persahabatan kami bukan lawan calang-calang pasukan. Kami lawan Borussia Dortmund, Zenit St Petersburg, Lokomotiv Moscow dan Spartak Moscow di mana pemain-pemain kami boleh belajar,” katanya.

Dalam pada itu, Tunku Ismail berharap agar pemain JDT dapat mengekalkan konsistensi sepanjang musim ini selepas mendahului Liga Super 2023 dengan mengekalkan rekod bersih selepas tujuh perlawanan sejak saingan liga bermula Februari lalu.

Katanya, menghantar pasukannya menjalani persiapan pramusim di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebelum saingan 2023 bermula merupakan kunci kejayaan Harimau Selatan ketika ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 hari yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

2

Luar Negara 3 hari yang lalu

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

3

Luar Negara 4 hari yang lalu

UNIFIL Kecam Serangan Ragut Nyawa Anggota Tentera Lubnan

4

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Kes Baharu Hantavirus Dalam Kalangan Individu Dikuarantin Di Hospital Madrid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam