web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Legenda Bola Sepak, Khalid Ali Diuji Hidap Kanser Paru-Paru

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Apr 2023 3:38PM

Khalid Ali - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Legenda bola sepak negara Khalid Ali berdepan ujian tidak terduga apabila disahkan menghidap kanser paru-paru, baru-baru ini.

Menceritakan detik sebelum disahkan menghidap penyakit berkenaan, bekas pemain tengah skuad kebangsaan era 80-an itu berkata tahap oksigen dalam badan pernah menurun kepada 40 peratus walaupun dengan sekadar berdiri dan berjalan selama tiga hingga empat jam.

Khalid yang merupakan antara watak penting kejayaan Malaysia layak ke Sukan Olimpik Moscow 1980 berkata berat badannya juga turun mendadak sebanyak 17 kilogram (kg) dalam tempoh satu setengah bulan susulan hilang selera makan.

“Saya nampak kuat tetapi saya perlukan juga doa daripada semua, kawan-kawan dan peminat, mana tahu doa seorang daripadanya dapat menyembuhkan.

“Hari ini Subang Jaya Medical Center (Pusat Perubatan Subang Jaya) ada hubungi dan memberitahu keputusan (mengenai tahap kanser) sudah ada dan saya perlu berjumpa doktor pada 10 April ini,” katanya dalam nada tenang dan penuh emosi ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurut beliau, perjumpaan dengan doktor pada 10 April ialah bagi mendapatkan keputusan akhir mengenai tahap kanser dihadapinya sebelum memulakan proses rawatan.

“Ramai juga bagi idea dan nasihat untuk cuba dapatkan rawatan tradisional dan sebagainya tetapi saya rasa biar tunggu keputusan doktor dahulu, selepas itu baru kita tahu arah (ikhtiar) mana kita nak pergi,” katanya.

Dalam pada itu, biarpun sedang diuji, Khalid yang juga pemerhati dan pengkritik bola sepak tempatan bersyukur masih diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa malah bersemangat untuk bangun bersahur.

“Alhamdulillah dapat berpuasa, hanya tiga hari tinggal kerana melakukan pemeriksaan seperti endoscopy dan CT (computerized tomography) scan dan saya juga bangun sahur makan kurma, minum susu dan makan ubat,” kata bekas pemain berusia 65 tahun itu.

Sementara itu, bekas pemain Selangor dan Kuala Lumpur itu menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) yang membantu menguruskan dan menampung rawatannya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad