web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kilauan Emas Buat Pandelela Di Pusingan Piala Dunia FINA Jepun

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 May 2021 10:02PM

Pandelela sebelum membuat terjunan dalam acara 10m platform di kejohanan Piala Dunia FINA Jepun. - Gambar dari Twitter Team Malaysia/Fina

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ratu terjun negara Pandelela Rinong akhirnya membawa sinar buat skuad terjun negara apabila meraih pingat emas acara 10 meter (m) platform individu wanita di kejohanan terjun Piala Dunia FINA 2021 hari ini.

Atlet berusia 28 tahun itu mempamerkan terjunan bertenaga dan meyakinkan untuk mengungguli final yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, Jepun dengan mengumpul 355.70 mata selepas melengkapkan tujuh terjunan.

Penerjun tuan rumah Matsuri Arai mengumpul 342.00 mata untuk pingat perak manakala Caeli Mckay dari Kanada meraih gangsa dengan 338.55 mata.

Kejayaan meraih pingat emas itu menjadikan Pandelela satu-satunya atlet yang menyumbang pingat buat pasukan terjun negara yang menggalas cabaran ke Piala Dunia kali ini.

Terdahulu, pada saingan separuh akhir, Pandelela menduduki tempat ketiga dengan 333.00 mata di belakang Mckay dengan 343.85 mata manakala Andrea Spendolini Siriex di tempat kedua dengan 336.00 mata.

Kejayaan Pandelela turut menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang pantas mengucapkan tahniah kepada atlet negara itu menerusi akaun Twitter dan Facebooknya.

“Defied the odds and now she stands at the top of the podium! (Mengatasi segala kemungkinan dan kini dia berdiri di podium utama!) Tahniah @Pandelela_R !! Kejayaan ini terus menyemarakkan semangat kita semua sebelum acara yang terbesar tahun ini. So so proud of you (Sangat sangat bangga dengan kamu) Pandelela #DemiMalaysia #KontinjenMalaysia,” katanya.

Sementara itu, nasib tidak menyebelahi bekas juara dunia Cheong Jun Hoong hari ini apabila menamatkan saingan di tempat tercorot pada separuh akhir dengan 237.35 mata, berbanding semalam beliau mempamerkan aksi cemerlang mengungguli peringkat kelayakan dengan 345.30 mata.

Bagaimanapun, Jun Hoong masih boleh mengukir senyum setelah berjaya meraih tiket kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo.

Terdahulu, penerjun lelaki negara Chew Yiwei gagal dalam percubaannya untuk melayakkan diri ke Olimpik Tokyo selepas keputusan tidak memberangsangkan dalam acara 3m papan anjal individu lelaki dengan mencatatkan 315.10 mata untuk menamatkan saingan di tempat ke-43, sekali gus gagal mara ke separuh akhir.

Rakannya, Muhammad Syafiq Puteh yang  mencatat keputusan lebih baik daripada Yiwei apabila menduduki tempat ke-23 dengan 367.35 mata namun atlet berusia 25 tahun itu turut gagal ke separuh akhir.

Pandelela, Leong Mun Yee, Wendy Ng Yan Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Jun Hoong bakal menggalas cabaran negara dalam acara terjun di temasya Sukan Olimpik Tokyo yang dijadualkan pada 23 Julai hingga 8 Ogos ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 5 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad