web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kelantan Setuju Hos SUKMA 2028, ‘PAS Fitnah Saya Lagi…’

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2023 7:00PM

Hannah berkata, infrastruktur sukan di negeri itu memerlukan sedikit masa untuk dibina. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelantan bersetuju menjadi tuan rumah Temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2028, sekali gus membolehkan negeri itu mempunyai tempoh yang panjang untuk membuat persiapan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, infrastruktur sukan di negeri itu memerlukan sedikit masa untuk dibina.

Menurutnya, Exco Kelantan ada bersama beliau di kementerian semalam dan turut bersetuju Sarawak akan menjadi tuan rumah SUKMA 2024 manakala SUKMA 2026 akan dianjurkan Majlis Sukan Negara (MSN).

“PAS fitnah saya lagi. Kami di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak menafikan hak Kelantan untuk menjadi tuan rumah SUKMA,” katanya.

Hannah berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed hari ini yang disiarkan di Harakahdaily bertajuk ‘Guna kuasa: Giliran SUKMA Kelantan dinafikan lagi’.

Mohamad Kamal mendakwa, negeri itu terus dinafikan hak untuk menganjurkan temasya dwi tahunan berkenaan disebabkan permainan kuasa kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

“Sementelah pula Menteri DAP ini yang sememangnya terkenal dengan guna kuasa dalam senyap. Makan dalam.

“Anak muda Kelantan akan catitkan penafian giliran SUKMA ini dalam sejarah politik atas terma kuasa dan penafian hak terhadap Kelantan.

“Untuk kesekian kalinya Kelantan kekal satu-satunya negeri yang tidak pernah diberikan hak menganjurkan SUKMA,” katanya.

Semalam, Hannah memaklumkan pemilihan Sarawak sebagai tuan rumah SUKMA 2024 adalah berpandukan kepada persetujuan ahli untuk memperkenalkan sistem penggiliran tuan rumah secara berselang-seli setiap dua tahun antara MSN dan negeri-negeri.

Katanya, rasional sistem penggiliran tuan rumah itu bertujuan untuk mengurangkan beban kerajaan Persekutuan bagi memberikan bantuan kewangan kepada negeri-negeri yang meliputi peruntukan pembinaan dan naik taraf infrastruktur sukan, kos penganjuran dan juga pembiayaan program persediaan atlet di peringkat negeri. - Getaran, 17 Mac 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 15 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad