Berita Terkini

26 minit yang lalu: PM Anwar yakin prospek pertumbuhan jangka sederhana hingga jangka panjang Malaysia akan kekal baik 26 minit yang lalu: Malaysia akan terus bekerjasama dengan China untuk meningkatkan kerjasama sedia ada dalam BRI, memperluas bidang pertumbuhan baharu - PM Anwar 47 minit yang lalu: MOF timbang peruntukan segera RM45.5 juta naik taraf CIQ KSAB atasi kesesakan 48 minit yang lalu: Gangguan Seksual: Sharon sedia beri sokongan emosi, kaunseling 48 minit yang lalu: Projek pembetungan Kuantan dijadual siap September

IKUTI KAMI


Piala FA: Penalti Masa Kecederaan Selamatkan Sri Pahang

Sukan Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 09 Mar 2023 7:00AM

Christian (kanan) melepaskan rembatan ke arah gol lawan sambil dikawal ketat pemain Sri Pahang FC Mohamad Fadhli Shas (kiri) pada saingan Piala FA Malaysia 2023 di Stadium Perak malam ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jaringan hasil sepakan penalti Stefano Brundo pada masa kecederaan membantu Sri Pahang FC mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Perak FC dalam aksi pusingan pertama Piala FA 2023 di Stadium Perak, Ipoh malam tadi.

Tuan rumah bermula garang di hadapan kira-kira 5,000 penyokong sebelum penyerang Chinonso Chriastian membuka tirai jaringan pada minit ke-34.

Bermula separuh masa kedua, pasukan Tok Gajah menggandakan asakan sehingga memaksa pertahanan Perak Muhammad Fadhil Idris melakukan kesilapan dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua pada minit ke-66.

Pahang memanfaatkan peluang itu untuk memecahkan kebuntuan jaringan untuk menyamakan kedudukan 1-1 menerusi jaringan Abdul Malik Mat Ariff pada minit ke-82.

Pengadil perlawanan Mohamad Kamil Zakaria Ismail kemudian menghadiahkan pasukan pelawat sepakan penalti pada masa kecederaan apabila Muhammad Baqiuddin Shamsudin dijatuhkan pertahanan Perak, Muhammad Nasrol Amri Kamarul Azhar.

Brundo kemudian menggunakan peluang berkenaan untuk menghadiahkan gol kemenangan buat Sri Pahang dan keputusan kekal 2-1 sehingga wisel penamat. 

Kemenangan skuad kendalian Fandi Ahmad membawa mereka mara ke peringkat seterusnya untuk bertemu Selangor pada 15 April di Stadium MBJB pada perlawanan pusingan kedua Piala FA.

Sementara itu, perlawanan di Stadium Darul Aman menyaksikan tuan rumah tewas kepada Penang FC menerusi penentuan sepakan penalti 4-3 selepas terikat 2-2 sehingga tamat perlawanan masa tambahan.

Separuh masa pertama menyaksikan kapten pasukan Manuel Gelito Ott meletakkan Kedah di hadapan menerusi rembatan deras menewaskan penjaga gol Shafiq Afifi Suhaimi pada minit kelapan.

Tersentak jaringan itu, pasukan pelawat mengatur serangan dan berjaya mengikat kedudukan 1-1 menerusi tolakan mudah Giovane Gomes Da Silva yang bijak menghidu bola muntah susulan kesilapan penjaga gol Kalamullah Al Hafiz menangkap kemas rembatan pemain lawan pada minit ke-21.

Skuad Harimau Kumbang menggandakan jaringan pada minit ke-67 menerusi percubaan cantik Hassan Saad.

Permainan semakin rancak dengan serangan bertali arus pemain KDA FC yang kemudian berjaya menyamakan kedudukan 2-2 menerusi rembatan cantik Gelito pada minit ke-89.

Kedudukan seri itu menyebabkan perlawanan diheret ke masa tambahan selepas tamat 90 minit perlawanan sebelum Penang meraih kemenang 4-3 menerusi sepakan penalti. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

Sultan Kedah Berkenan Terima Menghadap Menteri Komunukasi Dan Digital

2

Sukan 2 minggu yang lalu

NSFC Raih Kemenangan Pertama, Atasi Terengganu 2-1

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Bekas MB Kedah Syed Razak Meninggal Dunia

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Selangor Menang Tipis 1-0 Ke Atas Kelantan United

Sorotan

1

Tetapkan Garis Masa, Sasaran Selesai Isu Doktor Kontrak Dalam 3 Tahun

2

Pharmaniaga Jamin Bekalan Ubat Tidak Terjejas - Menteri

3

Saya Hormat Kebebasan Media, Tapi Akan Tegur Jika Laporan Menimbulkan Fitnah - Fahmi

Disyorkan untuk anda

Singapura 15 jam yang lalu

Sistem Imigresen Di Pintu Masuk Singapura Kembali Beroperasi

Semasa 22 jam yang lalu

Wan Fayhsal Hantar Usul Tergempar, Gesa Bahas Pengeluaran KWSP Bersasar 

oleh Susan Albert

Semasa 4 jam yang lalu

187 Orang Dipindahkan Akibat Banjir Di Nabawan

Semasa 16 jam yang lalu

Bekalan Ayam, Telur Mencukupi Sepanjang Ramadan, Aidilfitri 

oleh Aiman Sadiq