web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Gol Antonio Beri Harapan Untuk West Ham

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2021 7:28AM

Antonio (kiri) mengelak daripada dibentes pemain pertahanan Burnley Ben Mee. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - West Ham meneruskan saingan mereka untuk layak ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan selepas Michail Antonio meledak dua gol untuk mengalahkan Burnley 2-1 awal pagi tadi.

Chris Wood membuka jaringan untuk Burnley selepas menjaringkan penalti tetapi kelab itu gagal memastikan yang mereka akan terus untuk beraksi dalam Liga Perdana Inggeris buat satu musim lagi selepas Antonio meledak dua gol dalam masa lapan minit.

West Ham naik ke tangga kelima, tiga mata di belakang Chelsea, yang akan bertandang ke Manchester City pada Ahad.

The Hammers mempunyai jadual perlawanan yang lebih mudah berbanding jiran kota London mereka. Mereka akan bertemu dengan Everton, Brighton, West Brom dan Southampton dalam empat perlawanan terakhir.

Kehadiran Antonio yang baru pulih daripada kecederaan mungkin menjadi faktor yang penting buat anak buah David Moyes, yang bergelut untuk menyelamatkan diri daripada disingkirkan daripada liga pada musim lepas.

Pemain Jamaica itu terlepas untuk beraksi dalam kekalahan kepada Newcastle dan Chelsea yang memberi kesan negatif kepada cabaran penamat posisi empat teratas Wes Ham sebelum ini.

West Brom semakin hampir untuk kembali ke divisyen kedua selepas hanya semusim beraksi di Liga Perdana Inggeris selepas seri 1-1 dengan Wolves.

Anak buah Sam Allardyce kini berada 10 mata daripada zon selamat dengan hanya 12 mata untuk dimenangi dalam empat perlawanan terakhir mereka.

Bekas pengurus England itu tidak pernah disingkirkan daripada liga utama, tetapi The Baggies hanya menang empat daripada 22 perlawanan sejak beliau mengambil alih kelab itu daripada Slaven Bilic pada Disember.

Fabio Silva membuka jaringan untuk Wolves sebelum Mbaye Diagne menyamakan kedudukan. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 tahun yang lalu

Kebangkitan Man City Kekalkan Kelebihan Dalam Perebutan Mahkota Liga

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Kesilapan Benteng Pertahanan Kecewakan United

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Wolves Tamatkan Bulan Madu Rangnick Di Man United

4

Sukan 4 tahun yang lalu

Chelsea Diikat Wolves, Tuchel Kecewa Perlawanan Tidak Ditangguhkan

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar