web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Marquez Kemalangan Lagi Di Jerez, Quartararo Bermula Di Petak Utama

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 May 2021 9:07AM

Quartararo tersenyum lebar selepas mencatat masa terpantas. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JEREZ - Juara dunia enam kali Marc Marquez kemalangan lagi di Jerez, tapi mampu untuk meneruskan aksi dan melayakkan diri di petak ke-14 semalam, manakala Fabio Quartararo pula merangkul petak pole keempat berturut-turut di Jerez.

Marquez terbabas dalam sesi latihan ketiga di trek lumba yang di mana beliau terjatuh dan patah tangan di perlumbaan pembuka tirai musim lepas.

Kemalangan itu membuat beliau terpaksa terlepas aksi musim lepas dan sebahagian daripada permulaan musim ini.

Selepas tahap fizikalnya dinilai oleh doktor, pasukan Honda membuat hantaran di akaun Twitter mereka yang Marquez akan terus mengambil bahagian dalam perlumbaan.

Marquez terpaksa melalui pusingan kelayakan pertama dan hanya mampu mencatat masa ke empat terpantas yang bermakna beliau gagal untuk layak ke sesi kedua dan akan bermula di petak ke-14.

Pendahulu kejuaraan MotoGP, Quartararo, mendominasi catatan masa sepanjang sesi latihan tetapi penunggang Yamaha itu dicabar hebat oleh penunggang Petronas Yamaha SRT Franco Morbidelli yang berada 0.057 saat di belakang penunggang Perancis itu.

Penunggang Ducati, Jack Miller pula berada di tempat ketiga ketinggalan 0.105 saat.

Dalam saingan Moto2, Remy Gardner akan bermula di petak utama di hadapan Fabio Di Giannantonio dan Marco Bezzecchi.

Pelumba Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah hanya mampu layak di petak ke 28 daripada 31 pelumba.

Penunggang Honda dari Jepun Tatsuki Suzuki akan memulakan perlumbaan Moto3 di petak utama di hadapan Jeremy Alcoba dan Andrea Migno.

Penunggang remaja sensasi daripada Sepanyol, Pedro Acosta, hanya mampu melayakkan diri di petak ke-13. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

MUKMIN Mahu Kukuh Perpaduan Komuniti India Muslim Tempatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 10 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar