Berita Terkini

2 jam yang lalu: Anwar puji sikap Hun Sen yang hormati kaum Muslim 3 jam yang lalu: Anwar bakal umum pelaburan penting baharu semasa lawatan ke China 3 jam yang lalu: Bazar Ramadan Rahmah di 38 lokasi seluruh negara 3 jam yang lalu: Karate sasaran lubuk emas negara di Sukan SEA - CDM 3 jam yang lalu: Malaysia-Turkiye boleh terokai kerjasama baharu industri aeroangkasa - Ahmad Zahid

IKUTI KAMI


BAMTC: Skuad 'Back-Up' China Tewaskan Malaysia 3-2

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Feb 2023 9:32AM

Malaysia sekali lagi gagal menamatkan badi kekalahan di suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC), apabila skuad negara tewas 3-2 kepada skuad ‘back-up’ China - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia sekali lagi gagal menamatkan badi kekalahan di suku akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC), apabila skuad negara tewas 3-2 kepada skuad ‘back-up’ China. 

Perseorangan negara Lee Zii Jia bermula cemerlang dengan menewaskan Lei Lan Xi, 21-16, 22-20, pada kejohanan yang berlangsung di Pusat Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) itu.

Bagaimanapun, China selaku juara bertahan, berjaya menyamakan kedudukan apabila perseorangan wanitanya yang berkedudukan ke-101 dunia, Gao Fang Jie, bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengejutkan juara remaja dunia dua kali, Goh Jin Wei, 15-21, 21-13, 21-19, selepas 70 minit perlawanan.

Dalam aksi beregu lelaki pula, He Ji Ting-Zhou Hao Dong, mengetepikan pasangan negara Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, 24-22, 21-18, sekali gus meletakkan China di depan 2-1.

Beregu wanita nombor lima dunia Pearly Tan-M.Thinaah membuka peluang buat Malaysia semula dengan mengalahkan Liu Sheng Shu-Tan Ning 21-17, 12-21, 21-19, selepas pertarungan 76 minit.

China, meskipun bermain tanpa barisan pemain utama, membuktikan penguasaannya apabila meraih kemenangan 3-2 selepas beregu campuran pasukan itu yang berada pada ranking ke-110 dunia, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping, menundukkan beregu nombor enam dunia dari Malaysia, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, 21-15, 25-23.

Dalam separuh akhir Sabtu ini, China akan berdepan India yang menewaskan Hong Kong 3-2, manakala Korea Selatan bakal menentang Thailand.

Empat pasukan di separuh akhir secara automatik layak ke Piala Sudirman 2023 yang akan diadakan di Suzhou, China pada 14-21 Mei ini.

Malaysia menamatkan kempen Kumpulan B sebagai naib johan setelah tewas kepada juara Piala Thomas India, 1-4, pada Khamis.

Sebelum itu skuad negara menang 5-0 ke atas tuan rumah UAE dan Kazakhstan. 

Malaysia gagal melepasi pusingan suku akhir sejak kejohanan itu pertama kali diadakan di Hanoi pada 2017 dan seterusnya di Hong Kong (2019). Edisi 2021 di Wuhan, China dibatalkan berikutan pandemik COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 jam yang lalu

Malaysia, Kemboja Tingkatkan Kerjasama Dalam Pelbagai Sektor

2

Semasa 11 jam yang lalu

Lawatan PM Ke Arab Saudi Erat Hubungan Antarabangsa, Perdagangan Dan Aktiviti Islam

3

Semasa 13 jam yang lalu

Anwar Tiba Di Phnom Penh, Lawatan Rasmi Perkukuh Hubungan Malaysia-Kemboja

4

Semasa 3 hari yang lalu

MAHB Catat Pergerakan Penumpang Lebih Tinggi Pada Februari

Sorotan

1

Benar Kata PM, KWSP Hanya Patut Dikeluarkan Selepas Bersara – MTUC

2

Sudah Tiba Masa Perkasa Pengurusan Air

3

Dakwa Difitnah, Guan Eng Saman Muhyiddin

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Ahmad Zahid Dibenar Simpan Pasport Untuk Perjalanan Rasmi - Mahkamah Rayuan

oleh Wartawan The Vibes

Pendidikan 1 hari yang lalu

KPM Tidak Arah Henti Projek SJKT Sungai Bakap

Semasa 1 hari yang lalu

Lawatan Rasmi Pemimpin: Rakyat Harap 2 Objektif

oleh Sofian Baharom

Semasa 1 hari yang lalu

3 Beradik Dipercayai Didera, 2 Dirantai Di Kaki