web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


TMJ Tak Minat Jadi Pengurus Harimau Malaya - Hamidin

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 6:01PM

Namun, Hamidin Mohd Amin berkata Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menzahirkan hasrat baginda untuk terus membantu meningkatkan mutu pasukan negara - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT) Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak berminat memegang sebarang jawatan dalam pasukan negara termasuk sebagai pengurus skuad Harimau Malaya, kata Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.

Namun, Hamidin berkata Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) menzahirkan hasrat baginda untuk terus membantu meningkatkan mutu pasukan negara.

Katanya perkara itu dizahirkan Tunku Ismail ketika beliau bersama Ketua Jurulatih pasukan negara Kim Pan Gon menghadap baginda di Ibu Pejabat JDT di Iskandar Puteri, Johor baru-baru ini.

“Baginda tidak minat memegang apa-apa jawatan termasuk pengurus seperti yang dilaporkan tetapi bermula sekarang baginda nak berikan lebih daya usaha untuk bantu pasukan negara dengan apa sahaja yang boleh baginda lakukan.

“Ada orang katakan seperti baginda tidak mahu bantu (sebelum ini), (jadi) kali ini baginda mahu lakukan terutama untuk persiapan ke Piala Asia 2023 pada Januari tahun depan,” katanya kepada media di sini, hari ini.

Sebelum ini terdapat laporan mengaitkan Tunku Ismail yang juga bekas Presiden FAM dengan jawatan pengurus skuad Harimau Malaya.

Mengulas lanjut, Hamidin berkata Tunku Ismail mahu membekalkan beberapa peralatan gim antaranya basikal senaman, selain turut mengarahkan supaya Pan Gon menyenaraikan kelengkapan lain yang diperlukan pasukan bimbingannya.

Hamidin berkata Tunku Ismail juga mempelawa pasukan negara berlatih dan bermain di gelanggang keramat JDT iaitu Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri sementara menunggu Stadium Nasional di Bukit Jalil siap diselenggara.

“Pan Gon tiada masalah (bermain di Iskandar Puteri) dia pun sukakan padang di sana. Selain padang, ada juga kemudahan fasiliti bagi proses pemulihan dan sains sukan,” kata Hamidin.

Dalam pada itu, beliau mengharapkan lebih banyak pasukan dan presiden kelab yang sudi memberikan bantuan dalam apa sahaja bentuk demi memajukan pasukan negara yang bakal berdepan cabaran sengit Piala Asia 2023 yang dijadual berlangsung di Qatar. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Daki 3 Anak Tangga Ranking FIFA

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Kyrgyzstan Lebur Harapan Harimau Malaya

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek