web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perlawanan Di Tempat Lawan Pasukan Liga-M Bakal Ditayang Di Skrin Besar - Fahmi

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Feb 2023 5:57PM

Fahmi Fadzil berkata perbincangan awal antara kementeriannya dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah dijalankan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aksi bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) bagi musim 2023 melibatkan perlawanan di tempat lawan (away) bakal disiarkan secara langsung menerusi skrin besar, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perbincangan awal antara kementeriannya dengan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah dijalankan agar langkah itu dapat dilaksana bagi memberi ruang kepada peminat pasukan bola sepak tanah air menyaksikan perlawanan secara langsung, biarpun tidak dapat hadir secara fizikal ke stadium pihak lawan.

"Kita harap ada sedikit kerjasama dengan KBS untuk membuat siaran secara skrin besar di beberapa tempat strategik melibatkan perlawanan tertentu.

"Saya bersama Menteri KBS Hannah Yeoh dan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Suhaimi Sulaiman telah membuat pertemuan awal dan kita akan telusuri perkara itu supaya dapat diumumkan kelak mengenai jadual tayangan siaran skrin besar itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai Rakan Penyiar Liga-M 2023 di sini hari ini. 

Turut hadir Presiden Liga Bolasepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan yang menyambut baik usaha itu.

"Ia memberi ruang dan peluang buat peminat untuk merasai seperti mereka berada di stadium tetapi menerusi skrin besar," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 minggu yang lalu

Konvensyen PH 2026 Medan Terbaik Rangka Formula Jamin Masa Depan Malaysia - Fahmi

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Kerajaan Bincang Dakwaan Jho Low Mohon Pengampunan Daripada Trump Minggu Depan - Fahmi

3

Sukan 4 minggu yang lalu

Penantian Berakhir, Siaran Penuh Piala Dunia Menanti Di Saluran RTM Dan Unifi TV 

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Gagal Kekang Akaun Palsu: Kerajaan Teliti Tindakan Terhadap Meta - Fahmi

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad