web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


RTM, Astro Penyiar Rasmi Liga Malaysia 2023

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Feb 2023 5:15PM

RTM akan menyiarkan 75 perlawanan Liga Malaysia 2023 secara langsung. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - RTM akan menyiarkan 75 perlawanan Liga Malaysia 2023 secara langsung membabitkan beberapa saingan bola sepak merangkumi Piala Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, penyiaran tersebut khusus buat peminat bola sepak tanah air dengan perlawanan pertama akan disiarkan pada 24 Februari depan.

Katanya, perlawanan tersebut adalah membabitkan persaingan dalam merebut Piala Sumbangsih antara Johor Darul Takzim (JDT) dan Terengganu FC.

“Kesemua siaran pada waktu sebenar perlawanan ini boleh disaksikan di saluran TV2, Sukan RTM dan TV Okey serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengumumkan dua stesen televisyen terkemuka tempatan, iaitu Astro dan RTM selaku rakan penyiar rasmi Liga Malaysia 2023.

Penglibatan Astro dan RTM itu bakal menjanjikan siaran perlawanan serta liputan lebih komprehensif, bagi Liga Malaysia musim ini demi kepuasan tontonan peminat tanah air.

Semua perlawanan yang akan disiarkan Astro dalam definisi tinggi (HD) meliputi Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia itu, boleh ditonton di platform linear (TV), On Demand dan Astro GO.

Presiden MFL, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, kehadiran Astro dan RTM bakal menambah kemeriahan musim baharu Liga Malaysia 2023 yang akan bermula 24 Februari depan, dengan aksi pembuka tirai Perlawanan Sumbangsih di antara JDT menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim.

“Saya percaya, dengan sokongan dan komitmen rakan penyiar tempatan, ia bukan hanya demi kepuasan kualiti tontonan peminat tanah air, malah dapat meningkatkan nilai komersial Liga Malaysia yang akhirnya memberikan pulangan besar buat pasukan serta pemain,” katanya.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam berkata, gandingan Astro dan RTM selaku rakan penyiar Liga Malaysia musim ini, bakal memenuhi kehendak peminat tempatan yang mahukan liputan menyeluruh serta menarik.

“MFL percaya dua rakan penyiar ini berkongsi objektif dan fokus mengenai kandungan penting, jadi kami menemui rakan kongsi terbaik untuk membina semula jenama serta impak Liga Malaysia ke tahap lebih tinggi.  

“Dengan kepakaran dan pengalaman dimiliki Astro serta RTM dalam bidang penyiaran sukan, kami berharap ia dapat memenuhi jangkaan dan harapan semua  peminat,” katanya. - Getaran, 1 Februari 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan