web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PM Mahu Kontijen Malaysia Bawa Pulang Emas Pertama Olimpik

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Jan 2023 6:37PM

Anwar Ibrahim berkata beliau percaya harapan tinggi itu tidak mustahil untuk dicapai, sekiranya semua pihak memainkan peranan masing-masing dan memberikan yang terbaik dalam semua jenis sukan yang disertai - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar kontinjen Malaysia untuk melakar sejarah dengan membawa pulang pingat emas pertama Sukan Olimpik, pada temasya yang akan berlangsung di Paris tahun hadapan.

Anwar berkata beliau percaya harapan tinggi itu tidak mustahil untuk dicapai, sekiranya semua pihak termasuk Kementerian Belia dan Sukan, persatuan dan badan sukan serta atlet, memainkan peranan masing-masing dan memberikan yang terbaik dalam semua jenis sukan yang disertai.

“Saya mahu sekurang-kurangnya kita kena capai satu pingat emas pada Sukan Olimpik akan datang.

“Ini cabaran saya kepada Menteri (Belia dan Sukan) Hannah Yeoh dan Tan Sri Mohamad Norza Zakaria selaku Presiden Majlis Olimpik Malaysia,” katanya ketika berucap pada Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) 2021 di Dewan Banquet Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini hari ini.

Selain Yeoh dan Mohamad Norza, majlis berprestij itu turut dihadiri Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abd Halim, serta kepimpinan persatuan dan badan sukan negara.

Mengulas lanjut, Anwar berkata walaupun boleh dan terbuka menerima apa juga keputusan dalam sebarang pertandingan tetapi apa yang perlu diterapkan kepada atlet adalah mereka perlu berusaha sebaik mungkin.

Perdana Menteri berkata barisan atlet juga perlu ditekankan bahawa tiada tolak ansur dalam soal kerja keras ketika latihan.

“Kita mesti cuba sedaya upaya, usaha dan ikhtiar sebaik mungkin…selebihnya tawakal dan terima keputusan secara terbuka,” katanya.

Mohamad Norza merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pemantauan Program Gold Paris 2024, yang ditubuhkan bagi memantau pelaksanaan dan keberkesanan program itu.

Program Gold Paris 2024 merupakan sebahagian Program Podium sedia ada MSN, yang dikelaskan kepada dua kelompok atlet iaitu yang mampu layak serta berpotensi menyumbangkan pingat emas pada temasya sukan berprestij itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 3 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 4 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 21 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad