web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan ‘Berlembut’ Dengan Pemain Kegemaran Selepas Kekalahan - Roslin

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jan 2023 9:17AM

Roslin ingin mengingatkan para peminat bahawa kekalahan tertentu tidak harus digalakkan. - Gambar tangkap layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas pemain nombor satu dunia, Roslin Hashim menggesa peminat sukan badminton tempatan agar lebih objektif daripada menyokong pemain kegemaran mereka secara membabi buta.

Katanya kepada The Vibes, dia tidak bermaksud untuk menjejaskan sokongan peminat, tetapi ingin mengingatkan mereka bahawa kekalahan tertentu tidak harus digalakkan.

“Terima kasih kepada media sosial, peminat berasa lebih dekat dengan pemain kegemaran mereka. Seronok melihat mereka memberikan kata-kata semangat kepada pemain.

“Tetapi saya sering mendengar ini, ‘kembali lebih kuat’ setiap kali pemain kalah. Itu bagus, tetapi semuanya tidak boleh sama untuk setiap kekalahan.

“Menang atau kalah adalah adat dalam sukan. Oleh itu, anda juga perlu menangani kekalahan mereka dengan bijak. Lihatlah bagaimana mereka bermain sehingga menyebabkan mereka tewas. Adakah ia baik atau tidak?

“Mereka adalah atlet elit berprestasi tinggi yang berlatih bersungguh-sungguh, hari demi hari. Jadi apabila keputusan mereka tidak mencerminkan usaha tersebut, maka untuk apa mereka berlatih?

“Mereka perlu membuktikan bahawa mereka beraksi dengan baik di gelanggang, bukannya membuat kesilapan kecil yang tidak boleh diterima dan boleh dielakkan,” kata pemenang pingat emas dua kali temasya Sukan SEA itu.

Roslin yang juga ikon badminton pada lewat 90-an dan awal tahun 2000, memuji corak permainan pasangan beregu wanita, Pearly Tan-M Thinaah dan beregu lelaki profesional, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi walaupun merekodkan beberapa kekalahan sebelum ini.

“Walaupun mereka kalah dalam perlawanan tertentu, anda boleh lihat dengan jelas mereka memberikan saingan yang baik dan mereka kelihatan teruja untuk bermain. Tidakkah anda berasa puas melihat mereka bermain seperti itu?

“Saya tidak mengatakan bahawa penyokong menafikannya apabila pemain kalah dalam perlawanan. Setiap pemain mahu menang, tetapi persoalannya di sini ialah ... adakah pemain itu benar-benar memberikan 100 peratus di gelanggang? Itulah yang kami mahukan,” katanya.

Roslin turut memberikan contoh pemain perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang baru-baru ini jatuh dua anak tangga daripada ranking nombor dua terbaik dunia.

Dia berpendapat tidak perlu membandingkan pemain bebas berusia 24 tahun itu dengan legenda badminton, Datuk Lee Chong Wei.

“Kita tidak perlu membandingkan Zii Jia dengan Chong Wei kerana mereka individu berbeza. Sejak dulu lagi Zii Jia cakap dia tidak suka dibandingkan dengan Chong Wei.

“Walaupun Zii Jia adalah pemain perseorangan lelaki paling berjaya ketika ini, adalah tidak adil untuk membandingkannya dengan Chong Wei kerana Chong Wei adalah pemain luar biasa yang menjadi penanda aras yang sukar untuk dipadankan oleh sesiapa sahaja,” katanya.

Melihat bagaimana Zii Jia bergelut untuk melepasi pusingan pembukaan dalam tiga kejohanan terakhirnya, Roslin berkata, beliau berharap pemain perseorangan lelaki negara itu segera mencari jalan keluar daripada kemerosotannya.

Roslin merupakan pemain perseorangan lelaki paling berjaya di negara ini yang pernah menduduki ranking teratas dunia, termasuk Chong Wei, Datuk Rashid Sidek, dan Wong Choong Hann. - The Vibes, 30 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Usaha Malaysia Lesenkan Platform Media Sosial Tarik Perhatian Banyak Negara - Fahmi

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar