web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Azeem Pecah Rekod 60 Meter Kebangsaan Di Texas

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 2:32PM

Muhammad Azeem Mohd Fahmi berjaya mencatat 6.63 saat (s) pada peringkat separuh akhir untuk menamatkan saingan di tempat ketiga, sekali gus memecahkan rekod kebangsaan berusia hampir 24 tahun - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Muhammad Azeem Mohd Fahmi menampilkan permulaan baik di Amerika Syarikat, dengan memecahkan rekod kebangsaan acara pecut 60 meter (m) lelaki dalam dewan pada kejohanan 2023 Texas Tech Open, pagi tadi.

Atlet berusia 18 tahun yang membuat debut bagi acara dalam dewan mewakili Universiti Auburn, berjaya mencatat 6.63 saat (s) pada peringkat separuh akhir untuk menamatkan saingan di tempat ketiga, sekali gus memecahkan rekod kebangsaan berusia hampir 24 tahun.

Rekod kebangsaan sebelum ini dipegang pemenang pingat perak Kejohanan Asia 1998, Watson Nyambek yang mencatat 6.66s pada Kejohanan Dunia 1999 di Maebashi, Jepun.

Muhammad Azeem kemudian terus konsisten pada final dengan larian 6.65s, untuk meraih tempat kedua, manakala Micah Williams (6.49s) mewakili Universiti Oregon dan Rodney Heath Jr. (6.67s) dari Louisiana Tech University masing-masing menamatkan saingan di tempat pertama dan ketiga.

Terdahulu pada pusingan kelayakan, Muhammad Azeem merekodkan 6.72s untuk menduduki kedudukan kelima terpantas pusingan berkenaan.

Muhammad Azeem, yang juga pemegang rekod kebangsaan acara 100m dengan catatan 10.09s, tiba di Universiti Auburn di Alabama pada 4 Januari, untuk melanjutkan pelajaran sambil menjalani latihan di sana. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Muhammad Azeem Ke Amerika Syarikat Berbekalkan ‘Mentaliti Juara’ 

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Azeem kini bergelar Raja Pecut SUKMA

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Muhammad Azeem Cipta Rekod Baharu 100m Kebangsaan Di Colombia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad