web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Azeem kini bergelar Raja Pecut SUKMA

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 4:30PM

Muhammad Azeem Mohd Fahmi - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelari pecut sensasi negara Muhammad Azeem Mohd Fahmi, kini bergelar Raja Pecut Sukan Malaysia (Sukma) selepas muncul juara acara 100 meter (m) lelaki pada hari ini.

Final acara riben biru di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, menyaksikan pelari berusia 18 tahun dari Perak, menamatkan saingan di kedudukan pertama dengan catatan masa 10.25 saat (s).

Muhammad Azeem memenangi acara 100m lelaki dengan catatan 10.25 saat. - Gambar oleh Alif Omar
Muhammad Azeem memenangi acara 100m lelaki dengan catatan 10.25 saat. - Gambar oleh Alif Omar

Atlet kebangsaan mendominasi acara berkenaan apabila Muhammad Arsyad Md Saat (10.46s) dari Johor dan Muhammad Haiqal Hanafi (10.50s) dari Negeri Sembilan melengkapkan podium dengan masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.

Bercakap kepada pemberita selepas kemenangan itu, Muhammad Azeem gembira sasaran utamanya untuk menghadiahkan emas acara berkenaan kepada Perak tercapai, namun masih mempunyai misi dalam acara 4x100m esok dan 200m pada Ahad.

“Ini merupakan penampilan kedua saya dalam Sukma, selepas menamatkan saingan di tempat kelapan dan terakhir pada edisi 2018 di Perak. Jadi tahun ini saya beraksi semula, dan ambil apa yang sepatutnya hak saya.

“Saya masih ada masa untuk pulih. Saya sasarkan buat bawah 21 saat pada acara 200m, mungkin boleh jadi masa peribadi terbaik saya (atasi catatan 20.83s), tetapi perlu berhati-hati dengan pencabar lain, terutamanya Arsyad dan Haiqal,” katanya yang mara ke final selepas memenangi separuh akhir kedua dengan catatan 10.33s.

Beliau turut mengesahkan bahawa Sukma merupakan pertandingan terakhir beliau beraksi dalam acara 100m bagi tahun ini, manakala bagi acara 200m, beliau bakal beraksi pada Cabaran Olahraga di Jepun, awal Oktober ini.

Muhammad Azeem yang diberi gelaran ‘Usain Bolt Malaysia’, berjaya memecahkan rekod kebangsaan menerusi catatan 10.09s pada Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia, awal bulan lepas, mengatasi rekod 10.18s milik Khairul Hafiz Jantan di Sukma Sarawak 2016.

Sementara itu, Nor Sarah Adi dari Pahang merangkul gelaran ‘Ratu Pecut’ Sukma kali ini dengan mencatatkan 11.91s, yang hanya sedikit tersasar daripada rekod temasya 11.81s, yang dicatatkan Azreen Nabila Alias dari Terengganu di temasya Perak 2018.

Wakil Sabah Nur Aishah Rofina Aling (12.08s) dan Nur Afrina Batrisyia Mohamad Rizal (12.10s) mewakili Selangor masing-masing meraih perak dan gangsa.

“Walaupun tidak dapat memperbaiki masa peribadi terbaik (11.89s) dan mengatasi rekod Sukma, saya gembira dan bersyukur kerana dapat meneruskan konsistensi di bawah 12s sejak awal tahun. Selepas separuh akhir semalam, saya perasaan beberapa perkara yang perlu diperbaiki seperti permulaan, serta kekal tenang dan jangan terlalu keras,” katanya.

Nor Sarah, yang juga merupakan pemenang pingat emas acara lompat galah di Sukan SEA Vietnam, berkata beliau seterusnya fokus kepada acara berkenaan berbanding acara pecut, dalam usaha mempertahankan emas Sukan SEA dan melayakkan diri ke Sukan Asia. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

Azeem Pecah Rekod 60 Meter Kebangsaan Di Texas

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja