web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jersi Baharu Selangor FC Bertemakan Memori Stadium Shah Alam

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jan 2023 4:25PM

Pemain import Selangor FC Noor Al-Rawadbeh (kiri), Ayron del Valle dan Rauf Salifu menggayakan jersi baharu pasukan Gergasi Merah bagi musim 2023. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -  'Memori Stadium Shah Alam' diangkat menjadi tema jersi baharu pasukan Gergasi Merah bagi musim 2023.

Selangor FC dalam kenyataan menerusi portal rasminya memaklumkan jersi utama atau home itu direka khas buat penyokong Merah Kuning, selain menjadikan Stadium Shah Alam sebagai sumber inspirasi utama dalam mengabadikan segala sejarah dan memori indah sepanjang 28 tahun kewujudan stadium itu.

"Penggunaan warna merah sebagai warna utama jersi ini adalah lambang keberanian, kekuatan serta semangat yang tinggi dalam pasukan dan warna ‘pasir’ sebagai warna kedua, kerana pasir ialah satu daripada komponen konkrit yang merupakan bahan binaan asas utama Stadium Shah Alam.  

"Penggunaan sudut pandangan luar bentuk Stadium Shah Alam diletakkan sebagai simbol utama di belakang, manakala sudut pandangan hadapan stadium diterapkan di kolar dan lengan jersi ini. Label tag pada sisi kanan jersi ini pula merupakan koordinasi kedudukan stadium yang pelbagai kenangan tercipta dan tanah tumpah perjuangan Selangor," menurut kenyataan itu.

Katanya, motif wave yang timbul pada jersi berkenaan ialah berasaskan corak petak berisikan perkataan Selangor yang diambil daripada tempat duduk penyokong di Stadium Shah Alam yang cukup ikonik dalam kalangan penggemar kancah bola sepak Selangor dan Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC Dr Johan Kamal Hamidon dalam kenyataan sama berkata pemilihan Stadium Shah Alam sebagai tema jersi home Gergasi Merah musim ini kerana ia melambangkan semangat kebersamaan antara kekuatan rakyat dengan pasukan Selangor sehingga kini.

Datuk Dell Akbar (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Johan Hamidon di Pelancaran Jersi Selangor FC 2023 dan Kompleks Sukan Shah Alam di SACC Mall. - Gambar oleh Azim Rahman
Datuk Dell Akbar (kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Johan Hamidon di Pelancaran Jersi Selangor FC 2023 dan Kompleks Sukan Shah Alam di SACC Mall. - Gambar oleh Azim Rahman

“Sejarah pencapaian kelab di stadium ini amat berharga dan sukar ditandingi. Kami merasakan ini adalah masa yang terbaik bagi kita mengabadikan memori stadium ini dan pada masa yang sama turut menjadikan momen ini sebagai satu titik permulaan dan lembaran baharu yang lebih gemilang buat pasukan Selangor.

“Oleh itu, kami mengambil inisiatif memilih Stadium Shah Alam sebagai tema utama jersi home 2023 dengan menerapkan elemen ikonik infrastruktur stadium berkenaan ke dalam jersi ini. Tabik Terakhir merupakan mesej penghormatan dan penghargaan kepada sejarah dan memori stadium itu sebelum bertukar wajah menjadi Kompleks Sukan Shah Alam,” katanya.

Jersi baharu itu boleh didapati pada Majlis Hari Jersi Selangor hari ini bermula pukul 10 pagi di pusat beli-belah SACC Mall, di sini dan secara dalam talian menerusi laman rasmi selangorfc.com. - Bernama

Pelancaran Jersi Selangor FC 2023 dan Kompleks Sukan Shah Alam di SACC Mall. - Gambar oleh Azim Rahman
Pelancaran Jersi Selangor FC 2023 dan Kompleks Sukan Shah Alam di SACC Mall. - Gambar oleh Azim Rahman

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Walaupun Tak Beraksi, Faisal Halim Peroleh Semangat Baharu

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Selangor Mara Ke Separuh Akhir Piala FA Selepas Tempuh Aksi Dramatik

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

Sorotan

1

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

2

PRN Negeri Sembilan: 4 Calon PH, 3 Calon BN Tiba Di Pusat Penamaan Calon

3

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

4

Dituduh Rogol Remaja Bawah Umur, Pempengaruh Media Sosial Mengaku Tidak Bersalah

5

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

6

Tarik Diri Daripada Kerajaan Negeri, DAP Melaka Beralih ke Blok Pembangkang 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Campak Bayi Dari Tingkap Hotel, Gadis Rohingya Berdepan Hukuman Mati 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Kanak-Kanak Perempuan Hilang Ditemukan, 2 Lelaki Ditahan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya ‘Love Scam’ Di Telegram, Pelajar Universiti Rugi Lebih RM56,000

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

Tok Mat Tiba Di Pusat Penamaan Calon DUN Rantau, Zahid Jadi Pengiring

oleh Amirah Abu Bakar