web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Aaron- Wooi Yik Buat Persiapan Rapi, Enggan Kecewa Di Hadapan Peminat Sendiri

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jan 2023 10:40PM

Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan melakukan persiapan rapi, bagi mengelakkan kekecewaan menentang Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena, esok - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Gandingan beregu lelaki utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik akan melakukan persiapan rapi, bagi mengelakkan kekecewaan menentang Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi dari China pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2023 di Axiata Arena, esok. 

Aaron-Wooi Yik, juara Kejohanan Badminton Dunia di Tokyo, Jepun, berkata mereka akan mengadakan perbincangan bersama barisan kejurulatihan bagi menentukan strategi yang akan digunakan ketika berdepan beregu di ranking keenam dunia tersebut.

Sebelum ini, mereka pernah tewas sebanyak dua kali bersama pasangan berkenaan di pusingan separuh akhir Terbuka Indonesia Jun lepas dan peringkat kumpulan jelajah dunia akhir di Bangkok, Thailand pada Disember lalu. 

"Saya kalah kedua-dua perlawanan menentang mereka sebelum ini, tetapi bagi saya ia bukan satu masalah. Tahun ini, kejohanan baru bermula dan semua perlu bermula dengan 0-0.

"Selepas berakhir perlawanan pusingan pertama ini, saya akan berbincang dengan jurulatih terutama mengenai strategi permainan pihak lawan. Kita tahu dekat sini (Axiata) angin sangat kuat, jadi siapa yang boleh mengawal perlawanan dengan baik, dia yang akan ada kelebihan,” katanya. 

Pada aksi pusingan pertama tersebut, gandingan sensasi ranking ketiga dunia itu menundukkan lawan dari Taiwan, Lee Jhe-Huei dan Yang Po-Hsuan 16-21, 21-15, 21-16 dalam perhitungan yang berlangsung selama 56 minit.

Terdahulu, beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzudin Mohd Rumsani tewas kepada pasangan China, Liang Wei Keng-Wang Chan, 21-16, 11-21, 17-21. 

Satu lagi pasangan Man Wei Chong-Tee Kai Wun turut tewas kepada pilihan kedua kejohanan Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo, 18-21, 21-23. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 27 minit yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 37 minit yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar