web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala AFF: Antara Aksi Terbaik Harimau Malaya - Pan Gon

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2023 7:00AM

Pan Gon menyifatkan kemenangan 4-1 ke atas Singapura malam tadi antara persembahan terbaik anak buahnya. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon, menyifatkan kemenangan 4-1 ke atas Singapura pada perlawanan terakhir Kumpulan B, Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022, malam tadi, sebagai antara persembahan terbaik anak buahnya.

Jurulatih dari Korea Selatan itu berkata beliau gembira melihat skuad kendaliannya berjaya menampilkan potensi mereka ketika membenam skuad Singa sekali gus mengesahkan slot separuh akhir kejohanan itu di hadapan 65,147 penyokong di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini.

“Kita boleh lihat semangat mereka (pemain Harimau Malaya). Mereka telah memberi kesungguhan di atas padang, menunjukkan semangat berpasukan yang hebat dan menyajikan perlawanan yang baik kepada peminat malam ini, itu adalah yang paling mengagumkan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan di sini.

Katanya, kemenangan tersebut membuktikan bahawa semua kerja keras mereka sejak lima minggu lalu telah membuahkan hasil kerana mereka masih ‘hidup’ dalam kejohanan yang dipanggil 'Piala Dunia ASEAN' itu.

Bukan itu sahaja, Pan Gon berkata, beliau gembira melihat pemainnya dapat mengembalikan semula momentum selepas kekalahan kontroversi 0-3 menentang Vietnam, minggu lalu.

"Saya rasa pemain berada di bawah tekanan yang besar (sebelum perlawanan Singapura) kerana mereka perlu beraksi untuk meyakinkan diri mereka sendiri...Saya menggalakkan pemain untuk menikmati suasana perlawanan ini tetapi esok kita mula semula," katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya, mengakui beliau kecewa dengan keputusan itu selepas gagal membawa pasukan bimbingannya untuk mara ke separuh akhir.

“Ini satu keadaan yang sukar untuk bermain di sini tetapi terdapat banyak ruang untuk diperbaiki memandang terdapatnya potensi untuk meningkat lebih jauh.  Bagaimanapun, tahniah Malaysia dan saya ucapkan selamat maju jaya pada peringkat seterusnya,” katanya.

Selaku naib juara Kumpulan B, Malaysia akan berdepan juara Kumpulan A, Thailand, pada peringkat separuh akhir secara timbal balik di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, Sabtu ini dan di Bangkok pada Selasa depan.

Dalam satu lagi saingan separuh akhir, Vietnam, yang menewaskan  Myanmar 3-0 pada perlawanan terakhir kumpulan B di Hanoi, malam tadi, muncul  juara kumpulan dan akan bertemu naib juara Kumpulan A, Indonesia, Jumaat ini dan Isnin depan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Harimau Malaya Juara Pestabola Merdeka 2024, Atasi Lubnan 1-0

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja