web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liga Super: Perak Tumbang Pada Melaka 0-1

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Apr 2021 8:20AM

Perak FC tumpas 0-1 pada Melaka United FC dalam aksi Liga Super di Stadium Perak, malam tadi. - Gambar dari Facebook Perak FC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Perak FC terus dirundung malang apabila tumpas 0-1 di tangan Melaka United FC dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Perak, di sini, malam tadi. 

Tuan rumah hampir mendahului melalui lawan pada minit ketiga, namun percubaan yang dilakukan Mohamad Izzuddin Roslan daripada dalam kotak penalti berjaya dihalang oleh penjaga gol, Norazlan Razali. 

Berselang tujuh minit, Perak sekali lagi mendapat peluang keemasan untuk menembusi gawang gol lawan namun ia disia-siakan penyerang mereka, Guilherme De Paula walaupun hanya berdepan situasi satu lawan satu dengan Norazlan. 

Melaka yang dibimbing Zainal Abidin Hassan cuba mengimbangi asakan Perak, namun rembatan kencang dilakukan Ahmad Syamim Yahya daripada luar kotak penalti berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol, Muhammad Azri Ghani. 

Bersambung aksi di babak kedua, Melaka hampir memecah kebuntuan pada minit ke-55, namun tandukan yang dilakukan pemain pertahanan import dari Korea Selatan, Sukwon berpunca daripada satu sepakan percuma hanya singgah di palang gol Perak meskipun Muhammad Azri sudah tertewas. 

Melaka akhirnya berjaya mendahului Perak 1-0 pada minit ke-60, menerusi jaringan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria yang mudah menolak masuk hantaran silang dilakukan penyerang import dari Montengero, Stefan Nikolic. 

Perak cuba menyamakan kedudukan pada minit ke-75 namun percubaan 'sepakan gunting' yang dilakukan oleh pemain import, Leandro Dos Santos daripada dalam kotak penalti berjaya didakap kemas oleh Norazlan. 

Kedua-dua pasukan terus melakukan asakan ke kubu lawan masing-masing namun keputusan kekal hingga tamat perlawanan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

4

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Krisis Pemakanan Ancam Masa Depan Modal Insan Negara

5

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

6

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar