web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Legenda Bola Sepak Brazil, Pele Meninggal Dunia

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2022 7:35AM

Ikon bola sepak Brazil, Pele telah meninggal dunia - Gambar Twitter Pele

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SAO PAULO – Ikon bola sepak Brazil, Pele telah meninggal dunia pada usia 82 tahun. Kematian pemain bola sepak ulung dan pemenang Piala Dunia sebanyak tiga kali itu diumumkan oleh anak perempuannya melalui Instagram semalam.

Pele pernah dinamakan Atlet Abad Ini oleh Majlis Olimpik Antarabangsa pada 1999 dan satu-satunya pemain boleh sepak dalam sejarah yang pernah memenangi Piala Dunia sebanyak tiga kali iaitu pada tahun 1958, 1962 dan 1970.

Diberi nama timangan 'O Rei' (Sang Raja), mendiang pernah menjaringkan lebih 1,000 gol sepanjang kerjayanya sebelum bersara pada 1977.

Berita tentang kesihatannya banyak tersebar sejak akhir-akhir ini. Pele bertarung dengan masalah buah pinggang dan pernah menjalani pembedahan kanser kolon pada September 2021 diikuti dengan rawatan kimoterapi.

Legenda yang membawa gaya permainan 'bola sepak samba' ini menghadapi masalah kesihatannya dengan humor.

"Saya akan hadapi pertarungan ini dengan senyuman pada wajah saya," tulisnya di Instagram pada 2021, selepas pembedahan barahnya.

Pele sangat terkesan dengan kematian sahabat dan lawannya, Maradona apabila pemain Argentina itu meninggal dunia disebabkan sakit jantung pada tahun 2020.

"Dunia ini kehilangan seorang legenda," tulisnya.

"Satu hari nanti, semoga kami dapat bermain bolah sepak bersama di syurga." - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 3 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ananda Krishnan Meninggal Dunia

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad