web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Minta Maaf Rakyat Malaysia, Tolong Jangan Serang Instagram Peribadi Saya - Ryuji

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 12:29PM

Ryuji melayangkan kad merah kepada Azam Azmi Murad kerana melakukan kekerasan terhadap pemain Vietnam. - Gambar dari Instagram Ryuji Sato

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gara-gara sepakan penalti kontroversi yang diberikan kepada Vietnam pada aksi Piala AFF di Hanoi, malam tadi, Instagram milik pengadil perlawanan, Sato Ryuji diserang penyokong Malaysia yang tidak berpuas hati dengan tindakannya itu.

Tidak tahan dengan kecaman diterima, pengadil dari Jepun itu menerusi InstaStory miliknya awal pagi tadi membuat permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas keputusan kontroversi berkenaan.

Ryuji turut memohon agar rakyat Malaysia berhenti menyerang Instagram peribadinya kerana komen negatif itu dapat dibaca ahli keluarganya.

“Saya menerima banyak DM (direct message) dari penyokong Malaysia mengenai keputusan saya dalam perlawanan malam tadi.

“Saya minta maaf kepada penyokong Malaysia. Tolong jangan serang Instagram peribadi saya kerana saya ada keluarga dan mereka membaca semua komen itu,” katanya.

Dalam pada itu, Ryuji turut memaklumkan dia turut dihubungi Presiden Persatuan Pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) berhubung insiden tersebut.

Menurut Ryuji, persatuan itu akan membuat keputusan mengenai prestasinya semasa perlawanan tersebut.

Tangkap layar permohonan maaf Sato di Instagram Storynya. - Gambar dari Instagram Ryuji Sato
Tangkap layar permohonan maaf Sato di Instagram Storynya. - Gambar dari Instagram Ryuji Sato

Terdahulu, beberapa pihak terutama penyokong Malaysia mempertikai keputusan Ryuji susulan tindakannya memberikan penalti kepada Vietnam ketika skuad itu menewaskan Harimau Malaya 3-0 di Stadium My Dinh, malam tadi.

Kontroversi tercetus pada minit ke-59 apabila Ryuji memberikan sepakan penalti kepada Vietnam selepas Azam Azmi Murad didakwa mengasari Doan Van Hau.

Keputusan pengadil itu cuba dibantah barisan pemain Harimau Malaya kerana tiada kekasaran yang dilihat dilakukan Azam ke atas Van Hau di dalam kotak penalti melainkan berlaku pergelutan dua pemain itu di luar padang selepas kedua-duanya terjatuh ketika merebut bola.

Insiden itu turut menyaksikan perlawanan terhenti kira-kira lima minit dan nasib lebih malang menimpa Harimau Malaya apabila Azam dilayangkan kad merah sebelum Que Ngoc Hai menyempurnakan sepakan penalti.

Malah, ada pihak yang menganggap keputusan Ryuji itu sebagai membunuh semangat pemain Harimau Malaya ketika anak buah Kim Pan Gon berusaha keras untuk memadam jaringan pertama Vietnam yang disumbangkan Nguyen Tien Linh pada minit ke-29.

Untuk rekod, Ryuji pernah dikecam peminat bola sepak Malaysia ketika turut mengadili aksi antara Malaysia dan Vietnam pada kempen kelayakan Piala Dunia di Dubai, tahun lalu.

Ia susulan tindakan Ryuji menghadiahkan sepakan penalti kontroversi kepada Vietnam ketika perlawanan itu berbaki 10 minit, sekali gus menyaksikan Malaysia tewas 2-1.

Penyokong Malaysia tampak berang dengan pemberian sepakan penalti kepada Vietnam yang dilihat tiada sentuhan berlaku daripada tonggak Harimau Malaya, Brendan Gan ke atas Nguyen Van Toan yang membuat simulasi di dalam kotak penalti sehingga memperdayakan pengadil. - Getaran, 28 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Politik 5 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad