web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kim Pan Gon Mohon Maaf Atas Kekalahan Kepada Vietnam

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2022 9:00AM

Kim Pan Gon - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon memohon maaf kepada semua peminat bola sepak tanah air  atas kekalahan 3-0 kepada Vietnam pada aksi Kumpulan B saingan Piala AFF 2022 di Stadium Nasional My Dinh, di sini, malam tadi.

Jurulatih berusia 53 tahun dari Korea Selatan itu tampil membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia kerana gagal meraih kemenangan dan menyifatkan Vietnam menampilkan aksi yang lebih baik.

“Namun bagi skuad Harimau Malaya, pemain telah cuba yang terbaik...malah mereka mengikut arahan barisan kejurulatihan dan pada babak pertama, mengawal keadaan sehingga kesilapan semasa tendangan sudut.

“Ada peluang untuk menang malam ini tetapi saya tidak tahu apa yang berlaku, saya perlu kembali dan lihat. Saya tidak ada aduan mengenai pemain dan mungkin jika saya buat silap, kami akan semak untuk membetulkan sesuatu sebelum pertembungan dengan Singapura,” katanya semasa sidang media selepas perlawanan tersebut.

Mengulas lanjut mengenai pertemuan dengan  Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 3 Jan, jurulatih itu berkata: “Kami tidak mempunyai masa untuk berlengah lagi, kami akan cepat pulih dan merancang dengan baik untuk perlawanan dengan Singapura,” katanya.

Sementara itu, ketua jurulatih Vietnam, Park Hang Seo, berpendapat  Malaysia tidak mempunyai sebab untuk mengadu tentang keputusan itu terutama penalti kontroversi yang diberikan dan tindakan buang padang pemain pertahanan Muhammad Azam Azmi Murad kerana kekasaran yang jelas di luar kawasan permainan ke atas Doan Van Hau.

Jurulatih dari Korea Selatan itu menegaskan bahawa bola sepak adalah sukan yang mempunyai peraturan dan mana-mana pemain yang melakukan kesalahan akan dihukum.

"Bola sepak adalah sukan di mana kami perlu melakukan apa yang kami mampu untuk menang, tetapi bola sepak juga mempunyai peraturan. Jadi, jika anda melanggar peraturan, anda akan dihukum," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Kim Pan Gon Tinggalkan Harimau Malaya

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Declan Tawar 'Versatil' Kepada Pan Gon

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Pan Gon Belum Mengalah, Nafi Sedia Tinggalkan Harimau Malaya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar