web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pan Gon Buru 3 Mata Berdepan Vietnam, Jamin Slot Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 5:51PM

Kim Pan Gon berkata mendapatkan tiga mata berdepan Vietnam yang dibimbing rakan senegaranya dari Korea Selatan Park Hang Seo, akan membuka peluang lebih baik ke separuh akhir selaku juara kumpulan - Gambar Fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Malaysia memburu satu lagi kemenangan pada perlawanan ketiga Kumpulan B kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 menentang Vietnam di My Dinh National Stadium, di sini malam esok.

Kemenangan ke atas skuad Golden Star Warriors itu akan mengesahkan Malaysia melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Myanmar dan Laos dalam dua aksi sebelum ini.

Ketua jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon berkata mendapatkan tiga mata berdepan Vietnam yang dibimbing rakan senegaranya dari Korea Selatan Park Hang Seo, akan membuka peluang lebih baik ke separuh akhir selaku juara kumpulan.

“Kita memerlukan tiga mata untuk mengesahkan tempat di separuh akhir selaku juara kumpulan.

“Seperti yang kita ketahui, Vietnam adalah pasukan terkuat di rantau ini, kami (pasukan kejurulatihan) tahu kekuatan dan juga kelemahan mereka, kita sudah beri semua maklumat itu kepada pemain,” katanya ketika sidang media praperlawanan di Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF) di sini hari ini.

Bagaimanapun, Pan Gon menjangkakan satu perlawanan sukar buat skuad kebangsaan berdepan pasukan seperti Vietnam yang sudah lama dibentuk dan bermain mengikut falsafah bola sepak terbaik.

Beliau berkata Vietnam juga mempunyai kelebihan beraksi dalam perlawanan berintensiti tinggi ketika berpeluang berdepan pasukan hebat dalam kejohanan peringkat tertinggi benua Asia sebelum ini.

“Tapi pasukan kebangsaan Malaysia juga sudah mengharungi pelbagai situasi getir serta bermain dalam perlawanan sukar. Kita tidak gentar dengan apa saja lawan di depan kita, kita akan menentang Vietnam sekuatnya,” katanya.

Sementara itu, Pan Gon berkata Hang Seo adalah jurulatih bola sepak yang sangat dihormati di Korea Selatan dan ia satu penghormatan besar dapat bersaing dengan beliau dalam kejohanan ini.

Mengenai hubungan dengan jurulatih berusia 65 tahun itu, Pan Gon berkata mereka pernah bertemu beberapa kali ketika bersama kelab masing-masing di peringkat tempatan, selain pernah menghadiri majlis makan malam bersama.

“Beliau lebih senior daripada saya, dan pada saya jurulatih Park adalah seorang yang sangat menghormati dan warga Korea (Selatan) sangat menyayangi beliau. Saya bangga dapat bertanding di pentas yang sama dengan beliau,” kata jurulatih negara berusia 53 tahun itu.

Pertembungan Malaysia-Vietnam esok, merupakan pertemuan pertama Pan Gon dan Hang Seo, kedua-duanya pengendali dari Korea Selatan, selepas Pan Gon mengambil alih skuad Harimau Malaya awal tahun ini.

Rekod pertembungan Malaysia-Vietnam, menyaksikan skuad Harimau Malaya belum pernah menewaskan Vietnam dalam semua kejohanan sejak lapan tahun - tewas enam kali dan seri sekali. Kali terakhir Malaysia mengatasi Vietnam adalah dalam aksi separuh akhir kedua pada edisi 2014, mencatat kemenangan 4-2.

Malaysia kini memimpin Kumpulan B dengan mengumpul enam mata selepas menewaskan Myanmar 1-0 dan Laos 5-0 dalam dua aksi sebelum ini manakala Vietnam dan Singapura yang baru beraksi sekali di kedudukan kedua dan ketiga dengan tiga mata.

Myanmar dan Laos pula berada di kedudukan terbawah tanpa sebarang mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Kim Pan Gon Tinggalkan Harimau Malaya

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Tekanan Lebih Daripada Jangkaan - Pan Gon

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Declan Tawar 'Versatil' Kepada Pan Gon

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Pan Gon Belum Mengalah, Nafi Sedia Tinggalkan Harimau Malaya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 18 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad