Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Cuaca Sejuk, Berangin Ujian Buat Skuad Harimau Malaya Di Hanoi

Sukan Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Dec 2022 7:04AM

Sesi latihan skuad Harimau Malaya sebelum perlawanan Kumpulan B antara Malaysia dan Vietnam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

HANOI - Cuaca sejuk dan berangin yang boleh mencecah sehingga 16 darjah Celsius pada sebelah malam antara halangan perlu ditempuh pasukan negara yang bakal bertemu Vietnam pada aksi ketiga Kumpulan B saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di sini, pada Selasa.

Jika barisan pemain negara mengambil masa yang lama untuk menyesuaikan diri berlatih dan bermain dalam suhu yang rendah, ia mungkin mampu mengancam kualiti persembahan skuad bimbingan Kim Pan Gon pada pertembungan di Stadium Nasional My Dinh itu nanti.

Ia kerana rata-rata pemain negara tidak biasa beraksi dalam suhu seperti itu apabila sering berlatih dan bermain dalam suhu sederhana antara 25 dan 26 darjah Celsius dalam kancah saingan Liga Malaysia.

Justeru skuad Harimau Malaya bukan sahaja perlu cepat menyesuaikan diri bermain dalam cuaca sejuk tetapi juga dalam cuaca panas di gelanggang lawan yang agak ekstrem berbanding di Malaysia.

Perubahan suhu mungkin akan mempengaruhi prestasi anak buah Pan Gon dan ia dapat dilihat apabila Malaysia yang beraksi dalam cuaca panas terik, bergelut sebelum menang 1-0 berdepan Myanmar yang lebih mendominasi perlawanan pada aksi pembukaan di Yangon, Rabu lepas.

Pasukan negara pernah menentang Vietnam dalam keadaan cuaca sebegini pada bulan yang sama di sini, ketika perlawanan akhir kedua Piala AFF 2018 yang menyaksikan skuad ‘Golden Star Warriors’ menang 1-0 sekali gus muncul juara dengan keputusan agregat 3-2.

Malaysia membuka kempen Piala AFF 2022 dengan melakar dua kemenangan masing-masing 1-0 ke atas Myanmar dan membenam Laos 5-0 di Stadium Nasional di Bukit Jalil, semalam.

Selepas dua perlawanan, Malaysia mendahului saingan Kumpulan B dengan mengumpul enam mata, Vietnam dan Singapura yang baru beraksi sekali masing-masing berkongsi tiga mata di posisi kedua dan ketiga, manakala Myanmar dan Laos di kedudukan dua tercorot tanpa mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 minggu yang lalu

Ranking Harimau Malaya Jatuh 6 Anak Tangga

2

Sukan 2 minggu yang lalu

Pan Gon Belum Mengalah, Nafi Sedia Tinggalkan Harimau Malaya

3

Sukan 3 minggu yang lalu

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

4

Sukan 3 minggu yang lalu

Kekalahan Kepada Oman Bukan Pengakhiran - Pan Gon

Sorotan

1

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

2

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

3

Lelaki Israel Miliki Senjata: 10 Individu Ditahan Bawah SOSMA

4

PM, Kerajaan Enggan Terlibat Keputusan Lembaga Pengampunan Berhubung Kes Najib

5

AS Guna Veto Halang Usul Iktiraf Keahlian Palestin Dalam PBB

6

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Papagomo Kemuka Representasi Gugur Tuduhan Kes Hasutan Kaitkan Kerajaan Pro Israel, Barat

Semasa 1 hari yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

Semasa 1 hari yang lalu

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

oleh Jason Santos