web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


ABM Gugur 12 Pemain Badminton Skuad Kebangsaan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 2:17PM

Langkah itu sebahagian penstrukturan semula dalam usaha untuk mempersiapkan diri menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris pada Mei tahun depan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini mengumumkan pengguguran seramai 12 pemain dari skuad kebangsaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Michelle Chai berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada penstrukturan semula dalam usaha untuk mempersiapkan diri menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Paris pada Mei tahun depan.

“Sebab kami memutuskan untuk mengurangkan skuad adalah untuk meningkatkan kualiti pemain sedia ada, berbanding kuantiti.

“Kami juga cuba mengelak daripada mengekalkan pemain kerana kami tidak mahu melatih pemain dan tidak menghantar mereka ke kejohanan,” katanya ketika ditemui pemberita di akademi itu di Bukit Kiara, hari ini.

Beliau menjelaskan keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa penilaian oleh barisan kejurulatihan dan pasukan sains sukan serta sains perubatan masing-masing.

“Melayakkan diri ke Olimpik (Paris pada 2024) sahaja tidak mencukupi. Kami memerlukan pemain kompetitif yang layak untuk memenangi pingat emas.

“Kami juga mahu memberi tumpuan kepada pemain yang boleh kami harapkan untuk beraksi pada temasya Olimpik di Los Angeles (2028) dan Brisbane (2032),” katanya.

Michelle juga memaklumkan bahawa pengguguran ini tidak bermakna karier mereka akan tamat dan terhenti di sini, kerana mereka masih boleh berdikari dan mencapai impian masing-masing.

Pemain perseorangan lelaki yang digugurkan ialah Lim Chong King dan Ting Wen Xuan, manakala perseorangan wanita pula terdiri daripada Myisha Mohd Khairul, Eoon Qi Xuan, Joanne Ng May Yin, Khor Jing Wen dan Loh Zhi Wei.

Chang Yee Jun, Lwi Sheng Hao, Mohammad Faris Amrin, Fawwaz Zainuddin dan Muhammad Zulhairi Sahimi merupakan pemain beregu lelaki yang disingkirkan daripada skuad. – The Vibes, 19 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Isu Pakaian: BAM Perlu Peka Kontrak Antara Pemain Profesional, Penaja

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Michelle Hantar Notis Letak Jawatan CEO ABM - BAM

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Worden Janji Minum Air Dalam Kasut Jika Menang - Dollah Salleh

4

Sukan 5 tahun yang lalu

COVID: Pemain Badminton Negara Kembali Jalani Latihan Hari Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi