web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Argentina Juara Piala Dunia 2022 Menerusi Penentuan Penalti

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Dec 2022 7:02AM

Argentina memenangi perlawanan akhir Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti - Gambar Twitter FIFA World Cup

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Argentina memenangi perlawanan akhir Piala Dunia 2022 selepas menewaskan Perancis menerusi penentuan sepakan penalti dengan keputusan 4-2 di Stadium Lusail, Doha, Qatar awal pagi ini.

Menurut agensi media, Xinhua, sepakan penentuan itu diadakan susulan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri 3-3 selepas masa tambahan.

Terdahulu, pemain Argentina, Lionel Messi membuka jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-23 selepas pemain Perancis, Ousmane Dembele ‘melanggar’ tumit lawan, Angel Di Maria.

Di Maria kemudian menghadiahkan satu lagi gol buat pasukannya pada minit Ke-36 dan menjadikan Argentina mendahului perlawanan dengan dua jaringan.

Bagaimanapun, pemain Perancis, Kylian Mbappe merapatkan kedudukan pada minit Ke-80 apabila menyempurnakan dengan tepat sepakan penalti ke gol lawan, selepas Nicolas Otamendi menjatuhkan Kolo Muani.

Perancis bermain cemerlang apabila memperoleh gol kedua menerusi Mbappe seminit kemudian, sekali gus menyamakan kedudukan 2-2 dan membawa perlawanan ke masa tambahan.

Messi meletakkan Argentina di depan semula dengan jaringan pada minit ke-109, sebelum Mbappe menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti pada minit ke-118.

Keputusan seri itu turut menyaksikan Messi menembusi gawang lawan dengan dua gol, manakala Mbappe menjaringkan hatrik pada perlawanan berkenaan sehingga tamat permainan masa tambahan.

Namun, pada penentuan sepakan penalti, Perancis tewas di tangan Argentina apabila dua pemainnya, Kingsley Coman dan Aurelien Tchouameni gagal menyempurnakan sepakan – Getaran, 19 Disember 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Tiba Masanya Dunia Bertindak, Tamatkan Hubungan Diplomatik Dengan Zionis - Anwar

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Malaysia, Thailand Buat Perhitungan Di Final Double, Regu

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Tarik Pelabur Pada Forum Ekonomi Qatar

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Afif Lakar Hatrik Penalti Bantu Qatar Pertahankan Kejuaraan Piala Asia 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan