web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hannah Mahu Jumpa Atlet Bincang Kebajikan Dan Keperluan

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2022 2:28PM

Hannah (kiri) melapor diri secara rasmi di Menara KBS hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Hannah Yeoh tanpa berlengah, mahu mengadakan perjumpaan dengan para atlet dalam masa terdekat bagi membincangkan hal berkaitan keperluan dan kebajikan mereka.

Bercakap pada sidang media selepas melaporkan diri secara rasmi di Menara KBS di sini, Hannah berkata beliau juga tidak berniat untuk mengganggu proses persediaan atlet dengan mengubah hala tuju mereka secara tiba-tiba.

“Saya tiada hasrat untuk memperkenalkan program-program baharu, saya nak dengar dahulu daripada atlet dan cari jalan untuk perkasakan program sedia ada untuk penggal ini...Supaya atlet itu ada kesinambungan, kalau asyik tukar hala tuju, susah untuk atlet ikut,” katanya.

Hannah Yeoh
Hannah Yeoh

Hannah turut menekankan ketelusan dalam menjalankan tanggungjawab dan akauntabiliti dalam perbelanjaan.

“Kalau ada keperluan, mungkin kita akan paparkan (secara dalam talian mengenai individu dan persatuan yang menerima peruntukan) supaya ada ketelusan, semua orang tahu di mana bajetnya, di mana perbelanjaannya,” katanya.

Hannah (tengah) bergambar bersama kakitangan KBS ketika melaporkan diri di Menara KBS, hari ini.
Hannah (tengah) bergambar bersama kakitangan KBS ketika melaporkan diri di Menara KBS, hari ini.

Dalam pada itu, Hannah turut percaya pengalamannya dalam penggubalan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021 (AGS2021) ketika menjawat jawatan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, turut membantunya dalam meneruskan pembentangan Akta Sukan Selamat.

“Saya telah dengar komen-komen mengenai Akta Sukan Selamat, saya percaya pengalaman dalam penggubalan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual sangat berguna di kementerian ini. Saya akan dengar dari pengurusan dulu, berdasarkan penemuan mereka, saya akan beri keutamaan baru,” katanya.

Beliau juga tidak berhasrat untuk menghukum mana-mana pemimpin persatuan yang berlainan ideologi politik, tetapi sedia bekerjasama sekiranya individu itu mampu menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik.

Antara aspek lain yang akan difokuskan beliau ialah memastikan sukan boleh dicapai bagi semua, menyediakan ruang yang selamat bagi atlet, dan bekerjasama dengan kementerian lain bagi isu-isu melibatkan belia, terutamanya tanpa meminggirkan mereka yang tidak berjaya dalam akademik. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 50 minit yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 minit yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad