web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala Dunia: Korea Selatan Tumpaskan Portugal, Hantar Uruguay Pulang

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2022 11:17AM

Hee Chan (kanan) menjaringkan gol kemenangan Korea Selatan. - Gambar dari Twitter FIFA World Cup

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Pemain gantian Korea Selatan Hwang Hee Chan menyumbang gol kemenangan buat negaranya untuk menundukkan Portugal 2-1 pada pusingan akhir Kumpulan H Piala Dunia di sini pada Jumaat, sekali gus menempah tiket ke Pusingan 16.

Keputusan di Stadium Education City itu bermakna Korea Selatan layak ke peringkat kalah mati selaku naib juara Kumpulan H, mengetepikan Uruguay di tangga ketiga dengan perbezaan jumlah jaringan, lapor Xinhua.

Walaupun tewas mengejut, Portugal masih mendahului kumpulan dengan enam mata.

Portugal mendahului perlawanan seawal minit kelima, apabila Ricardo Horta menjaringkan gol hasil hantaran lintang Diogo Dalot.

Korea Selatan yang perlu menang untuk berpeluang layak ke pusingan seterusnya cuba merapatkan jurang pada minit ke-17 namun, jaringan Cho Gue Sung dibatalkan kerana ofsaid.

Korea Selatan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-27 hasil sepakan sudut Son Heung Min yang memberikan Kim Young Gwon peluang terbuka untuk membolosi gawang lawan.

Jaringan Hwang pada masa kecederaan memastikan kemenangan Korea Selatan 2-1 ke atas Portugal.

Korea Selatan menyertai Jepun dan Australia untuk menjadi pasukan AFC ketiga yang mendapat tempat dalam pusingan kalah mati.

Mereka akan menentang Brazil Isnin depan, manakala Portugal bertemu Switzerland Selasa depan.

Meskipun berjaya menundukkan Ghana 2-0, Uruguay terpaksa berputih mata apabila tersingkir daripada Piala Dunia.

Ghana berjaya menghalang Uruguay yang memerlukan satu lagi gol untuk membuka peluang melangkah ke pusingan seterusnya.

Uruguay menjaringkan dua gol dalam peringkat kumpulan manakala Korea Selatan empat jaringan.

Ghana mempunyai peluang menjaringkan gol pada minit ke-21 malangnya sepakan penalti Andre Ayew berjaya diselamatkan penjaga gawang Uruguay, Sergio Rochet.

Gol pembukaan untuk Uruguay dihasilkan Giorgian De Arrascaeta pada minit ke-26 menerusi tandukan yang gagal diselamatkan Lawrence Ati Zigi.

De Arrascaeta sekali lagi membolosi gawang lawan enam minit kemudian dengan rembatan kencang kaki kanannya hasil lorongan Luis Suarez.

Uruguay menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga dengan empat mata manakala Ghana mengumpul tiga mata. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selebriti 1 tahun yang lalu

Siti Saleha Calon ‘Outstanding Asian Star’ Di Seoul International Drama Awards 2024

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Malaysia, Thailand Buat Perhitungan Di Final Double, Regu

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia Bergaya Melangkah Ke Suku Akhir

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Besarnya Tahi Bintang!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad