web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ragam Pengurusan Punca Azraai Khor Enggan Kembali Melatih

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Nov 2022 3:03PM

Mohd Azraai Khor Abdullah berharap dimensi baharu bola sepak tanah air melalui proses penswastaan kelab dapat menyelesaikan segala masalah berkaitan ketidakcekapan pengurusan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penat melayan ragam pihak pengurusan pasukan yang disifatkan masih di takuk lama punca jurulatih bola sepak berpengalaman Mohd Azraai Khor Abdullah mengambil keputusan untuk bersara daripada bidang kejurulatihan di peringkat domestik.

Mohd Azraai mendedahkan penamatan kontrak beliau selepas hanya kira-kira tiga bulan membimbing Negeri Sembilan pada musim 2018 merupakan kemuncak kepada keputusannya untuk bersara walaupun menerima pelbagai tawaran selepas itu.

Pengendali berusia 70 tahun itu berkata sehingga kini masih ada pasukan yang menagih khidmatnya namun beliau sudah bertekad untuk berehat.

“Saya penat dengan bola sepak Malaysia… selepas insiden dengan Negeri Sembilan, saya ambil keputusan sudah sampai masa saya bersara daripada bola sepak khususnya Liga Malaysia (Liga-M).

“Apa yang buat saya terkilan ialah melayan karenah pengurusan pasukan, bagi saya kebanyakan pasukan lebih kurang saja… tengoklah macam-macam insiden lagi-lagi di penghujung musim ini, bagi kontrak saat akhir, kontrak separuh jalan dan macam-macam lagi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Ketika bersama Negeri Sembilan sebelum ini, kontrak Mohd Azraai ditamatkan serta-merta oleh Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) selepas pasukan itu hanya mencatat dua keputusan seri daripada lima perlawanan Liga Super di bawah kendaliannya.

Beliau yang mencipta kejayaan bersejarah ‘double treble’ bersama Kedah dengan memenangi Liga Super, Piala FA serta Piala Malaysia pada musim 2007 dan 2008 mengakui terkilan ditamatkan kontrak tanpa diberikan peluang melakukan rombakan pasukan dalam usaha memulihkan prestasi skuad Hobin Jang Hobin itu.

Mohd Azraai sebelum ini diaporkan antara jurulatih tempatan menghantar permohonan untuk menjadi pembantu Ketua Jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon yang menyaksikan bekas pengendali Sarawak United, E. Elavarasan dilantik menjawat posisi itu.

Dalam pada itu, beliau berharap dimensi baharu bola sepak tanah air melalui proses penswastaan kelab dapat menyelesaikan segala masalah berkaitan ketidakcekapan pengurusan.

“Kalau tidak bola sepak kita tidak akan ke mana… kita tengok Arab Saudi dan Jepun sudah pun buktikan yang kita mesti profesional sepenuhnya dengan pasukan diuruskan oleh mereka yang profesional,” katanya yang kini aktif sebagai pundit dan sering dipanggil berkongsi pengalaman dalam klinik bola sepak.

Mohd Azraai juga pernah menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Muda A, Perak, T-Team, Kelantan dan Sabah. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

2

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Kolum 4 hari yang lalu

Kerangka Perlembagaan Keadilan: Menyeimbangkan Adat Perpatih Dan Undang-Undang Statutori Di Negeri Sembilan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad