web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sambut Kelahiran Anak Ketiga, Chong Wei Kongsi Kegembiraan Di IG

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 5:41PM

Chong Wei kelihatan gembira menyambut kelahiran anak ketiga bersama Mei Choo. - Gambar ihsan Instagram Lee Chong Wei

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berkongsi kegembiraan menyambut kelahiran cahaya mata ketiga, hari ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Chong Wei yang mendirikan rumah tangga bersama bekas pemain badminton wanita negara, Datin Wong Mei Choo memberitahu, bayi lelaki itu dinamakan sebagai Anson Lee.

Chong Wei pada hantaran tersebut turut meletakkan foto Anson, yang dilahirkan menerusi kaedah pembedahan.

“Selamat datang. Single ketiga. Terima kasih yang tidak terhingga buat isteri tersayang atas segala pengorbanan. Tempahan #AnsonLee sepuluh bulan lepas, hari ini diterima, ibu dan anak selamat, isteri @wong_mew_choo, terima kasih atas kerja keras anda,” katanya.

Susulan berita gembira berkenaan, hantaran tersebut dihujani ucapan tahniah, termasuk daripada puteri raja Selangor, Tengku Zatashah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Turut dilihat menyampaikan ucapan tahniah ialah pemain badminton India, Parupalli Kashyap, pemain badminton negara, Goh V Shem, pemain badminton Bulgaria, Stefani Stoeva dan beberapa individu ternama lain.

Chong Wei mengumumkan persaraan pada 13 Jun 2019 selepas didiagnos menghidap kanser hidung.

Beliau melangsungkan perkahwinan bersama Mei Choo pada 9 November 2012.

Dua lagi anak pasangan itu ialah Kingston dan Terrance. - Getaran, 28 November 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Lelaki Disyaki Bunuh Anak Usia 6 Bulan

2

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Harap Pihak Masjid Beri Penjelasan, Ramai Dah Keliru Ni

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sila Padam, Jangan Sebar Video Lelaki Dibelasah Di Semenyih - MCMC

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Angkara Aksi Drift, Lelaki Ditahan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad