web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Indra, Zii Jia Berpisah

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Nov 2022 3:06PM

Indra Wijaya (kiri) dan Lee Zii Jia kini tidak lagi bersama. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas kira-kira sembilan bulan membimbing Lee Zii Jia sebagai pemain profesional, Indra Wijaya tidak lagi bersama pemain nombor dua dunia itu yang mahu bergerak tanpa jurulatih.

Indra, 48, berkata keputusan tersebut dicapai ketika perbincangan antara beliau bersama jaguh perseorangan lelaki negara pada Jumaat lepas.

“Zii Jia mahu meneruskan perjalanannya sebagai pemain independent (profesional) dengan bermain tanpa jurulatih. Kita telah berbincang dengan baik dan saya hormati keputusannya.

“Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau untuk kariernya. Satu pelajaran dan pengalaman yang bagus bersama beliau, anda boleh melihat pencapaian yang diperoleh selama ini serta naik turun kami bersama,” katanya ketika di hubungi Bernama.

Pemenang pingat gangsa Piala Dunia 1997 kelahiran Indonesia itu, yang telah pulang bertemu keluarganya di Jakarta, kini terbuka untuk menerima mana-mana tawaran baharu.

“Setakat ini belum ada apa-apa perancangan (mengenai masa depan) kerana keputusan itu diambil secara tiba-tiba tetapi saya terbuka dan sedia menerima apa-apa tawaran menjadi jurulatih. Kepakaran saya memang dalam perseorangan, tidak kira lelaki atau wanita,” katanya.

Indra beraksi untuk Indonesia pada era 1995 hingga 2000 dengan mencapai ranking terbaiknya keempat dunia serta menjuarai Piala Thomas 1998, sebelum mewakili Singapura bermula 2001.

Beliau kemudian memulakan kariernya sebagai jurulatih di akademi milik adiknya, iaitu pemenang emas beregu lelaki Sukan Olimpik 2000 Candra Wijaya, dan seterusnya sebagai jurulatih perseorangan lelaki Korea Selatan.

Indra dilantik sebagai jurulatih skuad junior lelaki di Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula 2016, dengan Zii Jia, Iskandar Zulkarnain, Goh Soon Huat, Soong Joo Ven dan Cheam June Wei adalah antara pemain digilapnya sebelum menggalas tanggungjawab sebagai jurulatih perseorangan wanita pada 2020.

Pada Februari lepas, Indra meninggalkan BAM untuk membimbing Zii Jia yang terlebih dahulu ‘angkat kaki’ dari BAM untuk bergerak sebagai pemain profesional. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Zii Jia Berazam Teruskan Perjuangan Menang Emas Di LA28

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad