web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kelab Liga Perdana Inggeris Tarik Diri Dari Liga Super Eropah

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Apr 2021 7:46AM

Penyokong-penyokong Chelsea berkumpul di luar Stamford Bridge bagi membantah rancangan kelab itu untuk menyertai Liga Super Eropah pada 20 April. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Rancangan untuk melancarkan Liga Super Eropah (ESL) hampir berkubur apabila Manchester United, Liverpool, Arsenal, Tottenham dan Manchester City menarik diri selepas menerima kecaman daripada pelbagai pihak.

Chelsea juga dikhabarkan akan mengikut jejak lima kelab tersebut sekali gus meninggalkan hanya enam pasukan, Real Madrid, Barcelona, Atletico Madrid, AC Milan, Inter Milan dan Juventus, yang masih terlibat dengan projek tersebut.

Idea untuk ESL dicetuskan oleh kelab-kelab gergasi Eropah bagi menjamin pendapatan menerusi perlawanan yang lebih kerap menentang satu sama lain tanpa risiko perlu melayakkan diri buat 15 ahli pengasasnya.

Sebanyak RM17.3 bilion, dibiayai oleh bank pelaburan Amerika Syarikat, JPMorgan, telah dikumpulkan untuk diedarkan kepada kelab-kelab pengasas bagi mengimbangi kesan akibat pandemik coronavirus.  

Namun reaksi terhadap rancangan itu semakin meruncing, dengan ahli politik dan pihak pentadbir bola sepak mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas 12 kelab yang digelarkan “dirty dozen”, termasuk berdepan pengharaman daripada pertandingan tempatan dan benua.  

Manchester United dalam satu kenyataan berkata ia tidak akan mengambil bahagian dalam ESL selepas mendengar bantahan penyokong, kerajaan Britain dan pemegang taruh yang lain.

Juara England 20 kali itu juga mengumumkan Naib Pengerusi Eksekutif, Ed Woodward akan meninggalkan kelab tersebut akhir tahun ini.

Dalam pada itu, Menteri Kebudayaan Britain, Oliver Dowden, berkata satu tinjauan yang akan diketuai oleh peminat terhadap tadbir urus bola sepak England akan diteruskan walaupun kelab-kelab terbabit telah menarik diri daripada ESL.

Beliau menambah, pelan untuk melancarkan ESL menunjukkan betapa pemilik kelab ini tidak sedar diri dan salah menilai kekuatan pendapat daripada penyokong, pemain serta seluruh negara. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 bulan yang lalu

Malaysia Peroleh Hak Siaran Piala Dunia FIFA, Akses Tv Di India Dan China Masih Belum Pasti

2

Sukan 3 bulan yang lalu

JDT VS Sanfrecce Hiroshima: Visi TMJ Ubah Landskap Bola Sepak Negara

3

Sukan 4 bulan yang lalu

Kejohanan Piala Maxim Dijangka Tarik 18,000 Peserta

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Jordan Atasi Palestin, Kutip 3 Mata Pertama Kempen Kelayakan Piala Dunia 2026

Sorotan

1

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

2

Pemandu Iriz Larikan Diri Selepas Nahas Diburu

3

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

4

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

5

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

6

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

2 Kemalangan Dalam Tempoh Sejam Ragut 4  Nyawa di Pahang, Bakal Pengantin Antara Yang Maut

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad