web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Legenda Bola Sepak Kelantan Hashim Mustapha Kritikal

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 2:29PM

Mohd Hashim Mustapha Oktober lalu, ketika diziarah Datuk Seri Takiyuddin Hassan - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Bekas pemenang anugerah Kasut Emas Liga Malaysia pada 1990, 1993 dan 1994, Mohd Hashim Mustapha berada dalam keadaan kritikal akibat masalah komplikasi kencing manis.

Mohd Nizab Ayub, menantu kepada bekas penyerang prolifik Kelantan itu berkata bapa mentuanya ketika ini sedang menjalani rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, di sini, sejak semalam.

“Papa (Mohd Hashim) dikejarkan ke hospital selepas mengalami keletihan selain jantung berdegup kencang pada pukul 11 pagi semalam dan telah ditidurkan berikutan keadaan agak kritikal.

“Saya mohon kepada seluruh peminat bola sepak negara mendoakan semoga beliau kembali sembuh seperti sedia kala,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Pada Oktober lalu, Mohd Hashim yang berusia 57 tahun itu telah menjalani pembedahan memotong kaki kirinya, akibat penyakit kencing manis yang dialaminya sejak beberapa tahun lalu.

Legenda bola sepak Kelantan itu pernah dinobatkan penjaring terbanyak dan memenangi anugerah kasut emas pada era 90-an dalam saingan Liga Malaysia selain turut mewakili negara pada era itu.

Penyerang kelahiran Kota Bharu itu, pernah dilantik sebagai penolong jurulatih pasukan Kelantan pada 2010 sehingga 2012, dan pernah menjadi ketua jurulatih pasukan Tok Janggut Warriors FC yang beraksi dalam Liga M3. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Perlombongan Emas Haram: Kelantan Rampas 45 Jentera Pengorek

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Temukan Jasad Anak Telah Mereput Dalam Bilik Berkunci

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad