web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala Dunia: Belanda, Ecuador Berkongsi Mata, Tuan Rumah Qatar Tersingkir

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Nov 2022 12:11PM

Belanda mendahului saingan menerusi jaringan Cody Gakpo (kiri) pada minit keenam sebelum Ecuador menyamakan kedudukan - Gambar Twitter FIFA World Cup

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DOHA - Pelawanan Belanda dan Ecuador menyaksikan kedua-dua pasukan sekadar seri 1-1 dalam Kumpulan A Piala Dunia FIFA 2022.

Dengan keputusan itu bermakna tuan rumah Qatar menjadi pasukan pertama yang tersingkir daripada pentas saingan Piala Dunia.

Belanda mendahului saingan menerusi jaringan Cody Gakpo pada minit keenam sebelum Ecuador menyamakan kedudukan menerusi Enner Valencia, empat minit selepas perlawanan memasuki babak kedua.

Pasukan Belanda dan Ecuador berkongsi empat mata dalam Kumpulan A diikuti Senegal dengan tiga mata.

Pusingan terakhir untuk Kumpulan A yang adakan diadakan pada Selasa menyaksikan Ecuador bertemu Senegal manakala Belanda menentang tuan rumah Qatar.

Sementara itu, dalam perlawanan Kumpulan B, pasukan England gagal memastikan kedudukan yang selesa manakala harapan Amerika Syarikat (AS) untuk melangkah ke peringkat seterusnya dilihat sukar, selepas kedua-dua pasukan hanya mampu seri tanpa jaringan dalam perlawanan pada Jumaat.

England yang dilihat lebih banyak menguasai bola tetapi sekadar berjaya membuat tiga hantaran tepat ke gawang lawan manakala AS hanya mencipta satu hantaran tepat, lapor Xinhua.

Keputusan perlawanan di stadium Al-Bayt itu mengekalkan England di tangga teratas kumpulan, satu mata di depan Iran dan AS di tempat ketiga dengan mengumpul 2 mata, setiap pasukan berbaki satu lagi perlawanan peringkat kumpulan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek