web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Piala Dunia: Pemain Boling Wanita Bawa Pulang Gangsa

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Nov 2022 5:32PM

Siti Safiyah, Esther, Li Jane dan Natasha berjaya membawa pulang gangsa. - Gambar dari Facebook MTBC

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Skuad boling negara terpaksa menunggu sehingga hari terakhir Piala Dunia Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2022 di Queensland, Australia untuk meraih pingat gangsa pada acara berpasukan  wanita, hari ini.

Kuartet Malaysia terdiri daripada pemain veteran  Esther Chiah diikuti Sin Li Jane, Natasha Roslan dan Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman berjaya mengharungi lima perlawanan untuk mengatasi Jordan Richard, Bryanna Cote, Danielle McEwan dan Stefanie Johnson dari Amerika Syarikat (AS), 3-2.

Malaysia mendahului apabila memenangi perlawanan pertama dengan 226-204 jatuhan pin dan terus mendahului 2-0 dengan kemenangan 219-182 pada perlawanan kedua.

Pasukan Amerika bangkit dan menguasai dua perlawanan seterusnya dengan  226-192 dan 248-220.

Bagaimanapun, pemain Malaysia tidak mengaku kalah dan terus berjuang untuk memenangi perlawanan terakhir selepas mengatasi pasukan lawan dengan 235 jatuhan pin berbanding 228 jatuhan pin.

Terdahulu, skuad negara gagal melangkah ke final selepas tewas 1-3  (190-237, 214-190, 207-240, 204-228) kepada  Sweden.

Semalam, pemain lelaki negara, Timmy Tan terlepas pingat gangsa selepas tewas kepada wakil AS, Kris Prather 279-288, 206-215 dalam acara perseorangan lelaki. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Malaysia Kekalkan Prinsip, Selesaikan Semua Konflik Dengan Diplomasi - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Suspek Kes Pornografi Kanak-Kanak Diekstradisi Ke AS

4

Rencana 4 bulan yang lalu

Detik Malaysia Mendunia Telah Tiba, Kita Mampu Lakukan!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad