web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Newcastle Kecewakan West Ham, Sheffield United Tersingkir Dari Liga

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 9:48AM

Pemain tengah Sheffield United Oliver Norwood memberi reaksi selepas tamat perlawanan menentang Wolves yang menyaksikan United tersingkir dari Liga Perdana Inggeris. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Harapan West Ham untuk menempah tiket ke Liga Juara-Juara Eropah musim depan menerima tamparan selepas gol kemenangan lewat Joe Willock buat Newcastle mengecewakan The Hammers 3-2 dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang mendebarkan.

Nasib Sheffield United pula disahkan selepas kekalahan 1-0 kepada Wolves awal pagi tadi menyebabkan kelab itu tersingkir daripada liga.  

Anak buah Steve Bruce mensia-siakan kelebihan dua gol menjelang penamat aksi di St James’ Park, tetapi Willock tampil daripada bangku simpanan untuk menjaringkan gol kemenangan.

Jurang antara Newcastle dengan zon relegasi kini sembilan mata dengan hanya tinggal enam lagi perlawanan.

Gol sendiri dari Issa Diop dan kesilapan daripada penjaga gol West Ham Lukasz Fabianski yang menghadiahkan jaringan kepada Joelinton memberi kelebihan kepada Newcastle di babak pertama.

West Ham juga kurang satu pemain selepas pemain pertahanan Craig Dawson diarah keluar padang selepas menerima kad kuning keduanya.

Di babak kedua Diop membetulkan kesilapannya dengan menjaringkan gol pertama West Ham sebelum Jesse Lingard menyamakan kedudukan dengan sepakan penalti 10 minit sebelum aksi tamat.

Pemain tengah yang dipinjamkan dari Arsenal, Willock menjaringkan gol kemenangan selepas tandukan padunya masuk ke gawang West Ham untuk keputusan akhir 3-2.

Kemenangan Newcastle bermaksud yang Sheffield United perlu mengelak dari kalah bila bertemu Wolves.

Tetapi Willian Jose menjaringkan gol sulung Wolves yang menyebabkan The Blades tersingkir daripada Liga Perdana Inggeris.

“Kalau anda pilih satu permainan yang menceritakan perjalanan musim kami ia adalah permainan ini.

“Kami bermain dengan baik, tapi gagal menjaringkan gol dan liga ini tidak akan memberi anda peluang kedua,” kata pengurus interim United Paul Heckingbottom. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

2

Sukan 3 tahun yang lalu

Haaland Buka Akaunnya Untuk City, United Tumpas Di Laman Sendiri

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Liverpool Buka Saingan Musim Baharu Dengan Seri

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Mentaliti Arsenal Gembirakan Arteta Dalam Kemenangan Ke Atas Palace

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar