web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perak FC Ikat Kedah 1-1, Sabah Belasah UiTM FC

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Apr 2021 8:18AM

Guilherme De Paula meraikan jaringannya ketika menentang pasukan Kedah FC pada saingan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Perak semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perak FC mempamerkan satu lagi aksi hebat apabila berjaya mengikat Kedah Darul Aman (KDA) FC 1-1 di Stadium Perak Ipoh, semalam, sekali gus menafikan peluang skuad Lang Merah untuk melonjak ke tangga kedua Liga Super 2021.

Skuad tuan rumah membuka jaringan menerusi penyerang naturalisasi Guilherme de Paula yang menanduk masuk hantaran silang Raianderson pada minit ke-58.

Kpah Sherman muncul penyelamat skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak apabila menyempurnakan hantaran silang Kipre Tchetche pada minit ke-78 untuk membawa pulang satu mata berharga.

Keputusan malam ini menyaksikan KDA FC kekal di tangga ketiga dengan 17 mata di bawah pendahulu Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mengutip 23 mata manakala Terengganu FC (TFC) di tempat kedua dengan 18 mata.

Sabah FC mencatat kemenangan kedua dalam sembilan perlawanan setakat ini, apabila membelasah pasukan tercorot carta, UiTM FC 4-0 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Pasukan tuan rumah membuka jaringan menerusi penyerang import dari Liberia Sam Johnson pada minit ke-27 sebelum pemain dari Indonesia Saddil Ramdani menggandakan jaringan pada minit ke-40.

Bersambung babak kedua, skuad Sang Badak meneruskan buruan gol menerusi pemain import Korea Selatan Park Tae-soo pada minit ke-49 dan Bobby Gonzales pada minit ke-87.

Sementara itu, dalam saingan Liga Premier pula, TFC II bangkit mengejutkan JDT II 4-3 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin, Kuala Terengganu, sekali gus menamatkan badi seri dalam enam aksi sebelum ini.

Penyerang import dari Ghana Jordan Mintah muncul wira pasukan apabila menjaringkan dua gol pada minit ke-40 dan gol kemenangan pada minit ke-90, selain jaringan Argzim Redzovic (51’) dan Masaki Watanabe (82’) untuk kemenangan pertama skuad Penyu sejak menewaskan skuad Projek FAM-MSN 4-0 dalam aksi pertama 6 Mac lepas.

Skuad Harimau Selatan pula memperoleh jaringan menerusi Nicolas Alberto Fernandez pada minit ke-22 dan Fernando Rodriguez Ortega pada minit ke-45 dan 68.

Skuad Projek FAM-MSN terus bergelut apabila menjadi ‘lauk’ kepada Kelantan United selepas ditewaskan 3-0 di laman sendiri di Stadium UiTM, Shah Alam.

Tiga jaringan itu disempurnakan oleh Muhammad Asraff Aliffuddin Yasin pada minit ke-42, Mohamad Hariz Kamarudin (86’) dan Alfusainey Gassama (89’). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: KL City Belasah Skuad Muda Kedah 5-0

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Berpesta Gol Tewaskan Penang FC 5-0

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor Jinakkan Penang 4-1, Rampas Kedudukan Kedua Liga Super

4

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Atasi Selangor 1-0 Di Laman Sendiri

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PH Belum Putuskan Nama Menteri Besar Johor, Fokus Menang Pilihan Raya

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad