web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbuka Perancis: Pearly-Thinaah Mara Ke Suku Akhir

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Oct 2022 7:31AM

Pearly Tan dan M Thinaah - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu badminton wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah terus mempamerkan aksi cemerlang apabila melangkah ke pusingan suku akhir saingan Terbuka Perancis 2022, di Stade Pierre de Coubertin, Paris, semalam.

Pearly-Thinaah mudah menundukkan gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi dengan kemenangan straight set 21-16, 21-14.

Pearly-Thinaah yang merupakan pasangan bukan pilihan mencipta kejutan pada Selasa apabila menyingkirkan juara bertahan Terbuka Malaysia, Apriyani Rahayu-Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia pada pusingan pembukaan.

Beregu negara di ranking ke-11 dunia itu akan berdepan pilihan ketiga kejohanan dari Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida yang menewaskan beregu Denmark, Alexandra Boje-Amalie Magelund 21-18, 21-7 dalam satu lagi aksi pusingan kedua.

Dalam perkembangan lain, perseorangan remaja lelaki negara Justin Hoh gagal melangkah ke peringkat suku akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2022 di Sepanyol.

Pemain pilihan ketiga kejohanan itu tewas mengejut di tangan pemain Korea Selatan, Kim Byung-jae 17-21, 19-21 pada perlawanan yang berlangsung di Palacio de Deportes de Santander itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 6 bulan yang lalu

Pearly Tan–Thinaah Rangkul Juara Kumamoto Masters, Pamer Aksi Penuh Dramatik

2

Sukan 9 bulan yang lalu

Tang Jie-Ee Wei Julang Emas Dunia, Hadiah Merdeka Buat Malaysia

3

Sukan 1 tahun yang lalu

‘Tingkatkan Kualiti BAM, Tak Perlu Timbul Isu Presiden’ - Jahaberdeen

4

Sukan 1 tahun yang lalu

Olimpik Paris: TPM, Menteri Ucap Tahniah Aaron-Wooi Yik Sumbang Pingat Pertama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek