web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KBS, MSN Bangunkan Kod Sukan Selamat

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2022 7:30PM

Faizal ketika menghadiri Majlis Perasmian Piala Dunia Kumpulan Gimnastik Estetik (AGG) 2022 di Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menerusi Majlis Sukan Negara (MSN) telah mempersiapkan Kod Sukan Selamat untuk dilaksanakan kepada semua persatuan sukan kebangsaan (NSA) bermula Disember ini.

Menterinya Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata kod itu yang merangkumi tatacara kelakuan bakal diguna pakai untuk mengendalikan aduan mengenai gangguan seksual di semua peringkat termasuk pusat latihan sukan sebelum digantikan dengan Akta Sukan Selamat pada masa akan datang.

“Saya memang sudah berjanji (meneruskan rancangan) Akta Sukan Selamat tetapi oleh kerana saya percaya ia mengambil masa yang panjang, jadi kami dah buat keputusan untuk memperkenalkan kod ini di semua peringkat sukan.

“Ini untuk melindungi atlet kita jika mereka mendapat gangguan seksual atau mental yang teruk hingga merosakkan kehidupan mereka untuk satu masa yang panjang,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Piala Dunia Kumpulan Gimnastik Estetik (AGG) 2022 di sini hari ini.

Sebelum ini, Ahmad Faizal dilaporkan berkata kementeriannya sedang merangka draf Akta Sukan Selamat yang dijangka siap selewat-lewatnya Disember ini, pada sesi soal jawab sidang Parlimen, Mac lepas.

Mengulas lanjut, beliau berkata perkara berkenaan, bagaimanapun terbantut susulan pembubaran Parlimen yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lepas.

Sementara itu, mengulas mengenai sukan Gimnastik Estetik, beliau berkata ia antara sukan yang perlu diketengahkan kerana berpotensi memberi pulangan besar kepada ekonomi negara.

“Untuk impak ekonomi AGG sahaja, pulangan sekitar RM20 juta, kita juga berharap media antarabangsa dapat membuat liputan (untuk sukan gimnastik estetik) dan itu juga dapat membatu mempromosi negara dan menarik kedatangan pelancong luar,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Radzi Jidin, Peja Dilantik Timbalan Presiden BERSATU

2

Politik 5 bulan yang lalu

Ikut Jejak Muhyiddin, Azmin, Peja Letak Jawatan

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Tiada Bukti Kukuh, Jurulatih Para Renang Dibenar Kembali Latih Atlet - MSN

4

Sukan 2 tahun yang lalu

MSN Teliti Pelaksanaan Caruman KWSP, PERKESO Untuk Atlet

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 12 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad