web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19 hari ini

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Apr 2021 3:39PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Setelah ‘tercicir’ akibat demam, pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Kompleks Sukan Desa Tasik, Cheras hari ini.

Perkara berkenaan disahkan Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann.

“Beliau sudah menerima vaksin pagi tadi. Zii Jia telah pulih daripada demam dan sudah memulakan latihan seperti biasa,” katanya menerusi aplikasi WhatsApp.

Juara All England 2021 itu sepatutnya menerima vaksin Pfizer-BioNTech bersama kumpulan pertama 264 atlet dan pegawai yang sedang dalam persiapan ke Sukan Olimpik dan Paralimpik Tokyo pada Selasa lepas.

Namun, ketua jurulatih perseorangan lelaki negara Hendrawan berkata pemain berusia 23 tahun itu tidak dapat hadir pada hari berkenaan kerana mengalami demam sejak dua hari sebelum itu, kemungkinan akibat keletihan.

Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang ditangguh selama setahun akibat pandemik COVID-19 dijadual semula dari 23 Julai hingga 8 Ogos manakala Sukan Paralimpik bermula 24 Ogos hingga 5 Sept ini. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 22 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

Malaysia Teguh Dengan Pendirian, Diplomasi Mekanisme Utama Tangani Konflik Antarabangsa - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad