web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Juara Piala Malaysia Dapat Slot Kedua Piala AFC 2023

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Oct 2022 8:20PM

MFL mengesahkan slot kedua Piala AFC menjadi milik juara Piala Malaysia musim ini manakala satu lagi slot bakal diberikan kepada naib juara Liga Super. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengesahkan slot kedua Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) menjadi milik juara Piala Malaysia musim ini manakala satu lagi slot bakal diberikan kepada naib juara Liga Super.

MFL dalam kenyataan hari ini berharap tiada kekeliruan timbul berhubung penentuan slot AFC 2023 memandangkan pemakluman menerusi surat pekeliling sudah dihantar kepada semua pasukan bertanding sebelum musim 2022 bermula.

Berdasarkan pemakluman itu, terdapat tiga pilihan iaitu pertama juara Liga Super akan diberikan tiket ke saingan Liga Juara Juara Asia (ACL) manakala juara Piala FA dan tempat kedua Liga Super akan beraksi di Piala AFC.

Pilihan kedua pula, jika juara Liga Super dan juara Piala FA adalah pasukan sama maka satu slot ke Piala AFC akan diberikan kepada juara Piala Malaysia musim ini bersama naib juara Liga Super.

Menurut pilihan ketiga menyaksikan jika juara Liga Super, juara Piala FA dan juara Piala Malaysia 2022 adalah pasukan sama atau Piala Malaysia dimenangi naib juara Liga Super, maka pasukan di tangga ketiga Liga Super akan bermain di Piala AFC musim depan.

“Oleh itu, pasukan yang memperoleh slot kedua ke Piala AFC 2023 hanya boleh ditentukan selepas berakhirnya Piala Malaysia 2022,” menurut MFL.

Bagaimanapun, MFL memaklumkan slot pasukan ke kejohanan AFC itu adalah berdasarkan kelab yang memperoleh Lesen Kelab AFC untuk musim 2023.

Sementara itu, berdasarkan pemakluman MFL, saingan terakhir Liga Super malam ini bakal sengit membabitkan tiga pasukan iaitu Sabah yang menduduki tangga kedua liga dengan 42 mata,  diikuti Terengganu FC (41 mata) dan Negeri Sembilan FC (41 mata) untuk merebut tempat selaku naib juara.

Sabah akan berdepan juara Liga Super 2022 Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, Terengganu pula bertandang ke Stadium Darul Aman berdepan Kedah Darul Aman FC (KDA) manakala Negeri Sembilan bertemu Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

2

Sukan 2 tahun yang lalu

MFL Tegas, Mula Laksana Peraturan FFP Musim Ini

3

Sukan 2 tahun yang lalu

Piala Malaysia: Lebih 4,000 Penyokong JDT Ke Stadium Nasional Bukit Jalil

4

Sukan 2 tahun yang lalu

Operasi LRT Stesen Bukit Jalil Dilanjutkan Hingga 1 Pagi Jumaat Ini

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 2 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 2 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad