Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MFL Tegas, Mula Laksana Peraturan FFP Musim Ini

Sukan Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Mar 2024 12:14PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Liga Bolasepak Malaysia (MFL) tidak lagi berlembut dengan mana-mana pasukan, termasuk Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC dengan membenarkan mereka kekal bersaing dalam Liga Super sekalipun mempunyai masalah kewangan.

Presidennya, Datuk Ab Ghani Hassan berkata, MFL mengambil serius masalah tunggakan gaji kelab sehingga badan pentadbir Liga malaysia (Liga-M) itu telah menyingkirkan beberapa pasukan disebabkan perkara berkenaan.

"Banyak pasukan sudah keluar (tak layak beraksi), Sarawak (Sarawak United FC) dan Kelantan FC sudah keluar untuk pastikan liga ini kompetitif dan dihormati.

"Datuk Hamidin Mohd Amin (Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ada mengatakan FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) sedang memerhati liga kita mengenai masalah gaji yang sedang berlaku.

"MFL akan ambil langkah-langkah tertentu untuk memastikan ia (masalah gaji) tidak berlaku lebih teruk lagi. MFL juga bantu pasukan untuk ia tidak berlaku atau dapat diatasi segera," katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa MFL Bersama Media di Petaling Jaya, semalam.

Menerusi kenyataan MFL semalam, KL City FC dan KDA FC diberi ruang untuk menyelesaikan tunggakan gaji atas komitmen tinggi kedua-dua kelab itu melakukan demikian, selepas mereka gagal membuat bayaran 50 peratus jumlah tunggakan gaji bagi 2023 pada tarikh pertama 15 Mac lalu.

Tindakan lanjut akan diambil jika mereka gagal menyelesaikannya pada tarikh akhir kedua 30 Mac ini iaitu hukuman pemotongan tiga mata bagi saingan Liga Super 2024-2025 dan denda RM50,000 berdasarkan Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023 Article 2.4 (c) Licensing Sanctions.

Status lesen kelab berkenaan juga akan dinilai jika tidak mematuhi tarikh akhir kedua pembayaran tunggakan gaji dan tidak memiliki kewangan kukuh untuk terus bersaing dalam musim Liga-M seterusnya.

Ab Ghani berkata, bagi mengekang masalah kewangan dihadapi pasukan daripada terus berlaku, MFL akan melaksanakan peraturan Financial Fair Play (FFP) bermula musim ini.

Peraturan FFP adalah peraturan untuk menghalang kelab bola sepak profesional berbelanja lebih daripada mereka peroleh supaya tidak menghadapi masalah kewangan yang mungkin mengancam kelangsungan pasukan dalam jangka panjang.

"Kelestarian dalam liga itu penting berbanding cuba untuk bersaing dengan pasukan lebih hebat (dengan berbelanja lebih daripada kemampuan). Kita akan melancarkan FFP corak kita pada musim ini.

"Dulu ada ECP (Economic Control Programme (ECP), yang dibuat bulat-bulat mengikut model dari luar negara, tak sesuai, maka FFP kali ini seperti dicadangkan Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim, MFL akan melaksanakannya tetapi mengikut corak kemampuan liga kita," kata Ab Ghani.

Saingan Liga Super bagi musim 2024-2025 yang bermula Mei ini, menyaksikan pengurangan satu pasukan berbanding 14 pada musim lepas selepas pasukan tercorot Kelantan FC gagal memenuhi syarat untuk bertanding susulan isu kewangan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Sukan 11 bulan yang lalu

Hanya JDT Bida, Stadium Sultan Ibrahim Hos Final Piala FA 2023

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Juara Piala Malaysia Dapat Slot Kedua Piala AFC 2023

Sorotan

1

Kabinet Belum Bincang Kenaikan Harga Petrol Dan Diesel, Laporan Media Asing Tidak Betul – Fahmi

2

Pemohon Rayuan Haji Sudah Mula Terima Jawapan

3

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

4

El Nino: Bekalan Lembu, Kambung Korban Mencukupi – Mohamad

5

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

6

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

Semasa 9 jam yang lalu

Letupan Bom: Polis Kelantan Guna Kenderaan Berperisai Kawal Sempadan

Semasa 1 hari yang lalu

Program IPR ‘Durian Runtuh’ Kepada Suri Rumah, Ibu Tunggal Jana Pendapatan Lumayan

Sukan 1 hari yang lalu

Sze Fei-Nur Izzuddin Bawa Malaysia Ke Separuh Akhir Piala Thomas Selepas 8 Tahun