web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hanya JDT Bida, Stadium Sultan Ibrahim Hos Final Piala FA 2023

Sukan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jun 2023 9:19PM

Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023. - Gambar dari Facebook Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor Bahru

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Gelanggang keramat juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, sah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL), dalam satu kenyataan, memaklumkan mereka hanya menerima bidaan daripada JDT untuk menjadikan SSI sebagai venue final Piala FA 2023 selepas proses bidaan ditutup pada jam 5 petang, 24 Mei llalu..

“Dalam tempoh bidaan dibuka pada 19 Mei hingga 24 Mei, hanya JDT mengemukakan permohonan di mana tiada sebarang bidaan diterima MFL daripada kelab lain atau memohon lanjutan tempoh bidaan meskipun peringatan sudah diberikan kepada semua kelab,” menurut kenyataan dimuat naik di Facebook MFL, hari ini.

Bagi melayakkan bidaan, MFL menyatakan kelab dan venue perlawanan yang dinamakan hendaklah mematuhi syarat ditetapkan seperti termaktub dalam Manual Liga Malaysia 2023.

Antara kriteria ditetapkan adalah sokongan kerajaan tempatan serta pihak berkuasa dan keselamatan tempatan, kesediaan stadium serta fasiliti sedia ada menganjurkan perlawanan akhir berskala besar dan permukaan padang baik selain bersedia dengan sebarang keadaan cuaca dan pencahayaan diperlukan.

MFL menjelaskan pemilihan venue bagi edisi 2023 dibuat selepas mengambil kira perkembangan semasa Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang tidak boleh digunakan bagi final Piala FA 2023 yang dijadualkan berlangsung pada 22 Julai ini.

“SNBJ masih dalam proses penambahbaikan sehingga Oktober jadi MFL tidak dapat menggunakan stadium itu bagi final Piala FA kali ini,” menurut kenyataan itu.

MFL juga menyatakan mereka tidak dapat menangguhkan final tersebut susulan kekangan kalendar pertandingan selepas Oktober yang padat seperti Liga Super, Piala Malaysia selain tugasan antarabangsa pasukan kebangsaan (FIFA days), Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) bermula September hingga Disember ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala FA: Jaringan Saat Akhir Morales Tewaskan Kedah

2

Sukan 1 tahun yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

3

Sukan 1 tahun yang lalu

JDT Mara Separuh Akhir Dengan Piala FA Dengan Agregat 13-0

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sanusi Nyatakan Sokongan Terhadap Selangor FC

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad